advertisement

Mata Pelajaran Pendidikan Islam bagi sukatan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah pun wujud sejak mula sistem pendidikan diperkenalkan di Malaysia. Secara asasnya, bagi setiap pelajar Islam akan mempelajari mata pelajaran pendidikan islam ini diperingkat sekolah rendah mahupun menengah.

Mata pelajaran Pendidikan Islam merupakan mata pelajaran asas yang perlu dipelajari oleh setiap murid yang beragama Islam. Mungkin dirumah kita tidak dapat ilmu secukupnya berkaitan agama Islam, jadi sistem pendidikan Malaysia bertungkus lumus bagi menyediakan bahan yang berkualiti berkaitan agama Islam kepada murid dengan menyediakan mata pelajaran Pendidikan Islam

Setiap perkara sudah pastinya tidak sempurna jika ianya direka atau dicipta daripada tenaga manusia. Jadi sebuah mata pelajaran juga tidak ketinggalan. Justeru itu, ia memerlukan penambahbaikan tetapi dalil berkaitan Islam itu sendiri tidak boleh ditokok tambah.

Pandangan Bagi Tujuan Penambahbaikan Mata Pelajaran Pendidikan Islam

Jadi Pasukan Petugas Khas Pendidikan Islam yang ditubuhkan di bawah Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK), Kementerian Pendidikan sedang mengumpulkan pandangan dan cadangan tentang mata pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan.

mata pelajaran pendidikan islam

Sehubungan dengan itu, individu, kumpulan dan institusi dipelawa berkongsi isu dan cabaran serta mengemukakan cadangan untuk menambah baik dan membaca kemajuan kepada Pendidikan Islam melalui tinjauan ini.

Sekiranya anda ingin memberi pandangan berkaitan mata pelajaran Pendidikan Islam, anda boleh berbuat demikan sebelum tarikh tutup pada 15 Julai 2019 dengan melawati pautan di bawah

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here