advertisement

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan pembatalan Peperiksaan Semester 2 dan penamatan Pengajian Program Matrikulasi KPM bagi sesi 2019/2020.

Pembatalan ini disebabkan oleh lanjutan 2 minggu lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada Jumaat yang lepas.

Baca Juga : Bantuan One-Off PRIHATIN Bagi Pelajar IPT Diperluaskan Dan Dipercepatkan

YAB Perdana Menteri pada 10 April 2020 telah mengumumkan pelanjutan tempoh PKP sehingga 28 April 2020. Keputusan ini dibuat kerana krisis pandemik COVID-19 yang masih tidak menunjukkan penurunan kes.

Pembatalan Pengajian Program Matrikulasi

matrikulasi

Sehubungan dengan itu, pihak KPM juga terus komited bagi mengawal penularan COVID-19 dikalangan pelajar, pensyarah dan kakitangan Matrikulasi KPM.

Berdasarkan kenyataan media, KPM telah memutuskan bawah Peperiksaan Semester 2 (PSPM) Program Matrikulasi KPM Sesi 2019/2020 yang dijadualkan pada 27 April hingga 4 Mei 2020 dibatalkan.

Justeru itu, Kementerian Pendidikan Tinggi memutuskan bahawa keputusan peperiksaan Semester 2 akan digantikan dengan keputusan penilaian berterusan yang telah dilaksanakan bagi semester tersebut. Oleh itu, keputusan akhir untuk pelajar Matrikulasi Sesi 2019/2020 adalah berdasarkan gabungan keputusan Semester 1 dan keputusan penilaian berterusan Semester 2.

Keputusan Keseluruhan Matrikulasi Sesi 19/20 = Keputusan Semester 1 + Keputusan Berterusan Semester 2

Matrikulasi Sesi 2019/2020

Dengan keputusan dibuat iaitu pembatalan peperiksaan akhir, KPM memutuskan bahawa pengajian Program Matrikulasi KPM bagi sesi 2019/2020 ditamatkan sepenuhnya bermula 11 April 2020.

Tetapi pelajar yang berada di kampus, terus diminta kekal mematuhi arahan berkaitan.

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here