Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram
corona virus

Corona Virus yang kini sedang berlaku di seluruh dunia dan kesan terbesar adalah di bandar Wuhan dan Wilayah Hubei, China. Di sana dikatakan, lebih 7000 kes direkodkan dan sehingga kini telah lebih 100 kematian dicatatkan. Di Malaysia juga terkena dengan wabak Novel Corona Virus (2019-nCoV) ini dan sehingga kini telah 8 kes dilaporkan dan kesemunya adalah daripada warga China sendiri.

Sehubungan dengan itu, pelbagai langkah pencegahan yang telah dibuat oleh pihak Kerajaan bagi mengekang masalah ini menjadi lebih serius terutamanya di Malaysia. Bagi pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), mereka telah umumkan dimana, Kerjaan menangguhkan pengambilan pelajar daripada bandar Wuhan dan Wilayah Hubei setakat ini.

Tangguh Pengambilan Pelajar Daripada Wuhan Dan Hubei Kerana Corona Virus

Sehubungan dengan penyebaran Corona Virus itu, KPM megambil keputusan untuk menangguhkan pendaftaran pelajar dari kawasan tersebut di semua institusi pendidikan di Malaysia ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Baca Juga : Peperiksaan Amali Dan Diploma ABRSM Tetap Diteruskan Mengikut Jadual

Tetapi, pelajar-pelajar dari wilayah lain di negara China dibenarkan mendaftar untuk belajar di Malaysia dengan pemantauan rapi daripada institusi pendidikan yang terlibat.

corona virus

Nasihat KPM Kepada Institusi Pendidikan Di Malaysia

Selain itu, pihak KPM juga turut ingin menasihati semua institusi pendidikan di Malaysia untuk mengambil langkah-langkah pencegahan berikut:

  • Bagi warga pendidik dan pelajar warganegara dan bukan warganegara yang akan keluar dari negara China, sekiranya exit screening menunjukkan gejala penyakit 2019-nCoV, dinasihatkan agar perjalanan mereka ke Malaysia ditangguhkan
  • Semua warga pendidik dan pelajar warganegara dan bukan warganegara yang tiba dari negara China perlu melalui saringan kesihatan di pintu masuk antarabangsa negara. Mereka akan dinasihatkan untuk menjalani pengawasan dalam rumah (home survelliance) selama 14 hari dan seterusnya mematuhi arahan selanjutnya yang dikeluarkan oleh KKM.
  • Memantau status kesihatan semua warga pendidikan dan pentadbir serta pelajar yang membuat lawatan dari negara China melalui institusi pendidikan masing-masing

Semua institusi pendidikan di Malaysia juga disarankan untuk mengambil langkah-langkah proaktif yang tidak bercanggah dengan ketetapan oleh pihak Kerajaan. Semua institusi juga dinasihatkan agar sentiasa peka dengan arahan terkini daripada pihak berkuasa berkenaan dengan kes jangkitan Corona Virus tersebut

sumber : KPM

Artikel Berkaitan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kongsikan kepada Yang lain

Jika anda dapati, artikel ini menarik, kongsikan dengan rakan dan pembaca lain