advertisement

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin memaklumkan bahawa matlamat asal Program Matrikulasi KPM ialah untuk membangunkan potensi pelajar Bumiputera dalam bidang sains, teknologi dan profesional melalui pendidikan prauniversiti yang berkualiti bagi melahirkan modal insan yang cemerlang

Pemilihan Kemasukan Ke Progam Matrikulasi

Dasar pengambilan Program Matrikulasi KPM pada tahun ini masih mengekalkan 90 peratus tempat kepada Bumiputera dan 10 peratus tempat kepada bukan Bumiputera berdasarkan sistem meritokrasi. Kiraan merit pula dijalankan berdasarkan kepada empat (4) mata pelajaran mengikut bidang yang dimohon. Empas (4) mata berkenaan adalah berbeza-beza berpandukan bidang-bidang yang ada dalam program ini iaitu Sains, Perakaunan atau Kejuruteraan.

Ini bermakna, jika seseorang pelajar mendapat 10A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pengiraan merit hanya tertakluk kepada empat (4) subjek tertentu sahaja. Dalam masa sama, dasar sedia ada pengambilan pelajar ke program ini ditentukan melalui 90 peratus pencapaian akademik dan 10 peratus pencapaian kokurikulum.

Isu Berbangkit

KPM juga ingin memaklumkan bahawa penawaran 2200 tempat kepada kaum India pada pengambilan tahun 2018 adalah bersifat one-off, berdasarkan kepada keperluan semasa dan melibatkan kekosongan kuota Bumiputera yang tidak diisi.

Hal yang sama juga dilaksanakan dalam amalan penawaran 1000 tempat untuk kaun Cina yang dibuat sebelum ini pada tahun 2018. Ia turut bersifat one-off, berdasarkan kepada keperluan dan melibatkan kekosongan kuota Bumiputera yang tidak diisi.

Dasar Baharu Pengambilan

Walau bagaimanapun, selaras dengan hasrat kerajaan untuk memperkasa golongan berpendapatan rendah (B40), dasar pengambilan ke Program Matrikulasi KPM pada tahun 2019 telah memperuntukan 60 peratus tempat kepada pelajar dari golongan B40 dan baki 40 peratus kepada golongan berpendapatan sederhana (M40) dan berpendapatan tinggi (T20)

Pelaksanaan dasar baharu ini adalah lebih seimbang dengan memberi peluang kepada pelajar yang layak dan pada masa yang sama memberi fokus kepada golongan B40 secara bersasar.   Kementerian mengambil maklum pandangan dan saranan yang dikemukakan oleh pelbagai pihak sejak keputusan kemasukan ke Program Matrikulasi KPM diumumkan.

Tarikh Permohonan Rayuan

Oleh itu, mereka yang tidak mendapat tawaran ke Program Matrikulasi KPM dinasihatkan supaya mengemukakan rayuan yang boleh dibuat secara dalam talian, serahan tangan, pos, faksimil dan emel.   Tarikh akhir rayuan dalah pada 29 April 2019. Keputusan permohonan rayuan boleh disemak melalui laman sesawang KPM, pesanan teks ringkas atau talian telefon Bahagian Matrikulasi KPM mulai 21 Mei 2019

Berikut merupakan kenyataan media rasmi daripada KPM

apa itu matrikulasi
apa itu matrikulasi
advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here