Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram
penundaan ujian bertulis muet

Penundaan ujian bertulis MUET bagi sesi 1 telah dikeluarkan oleh pihak MPM. Penjadualan yang telah dikeluarkan oleh pihak Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) bagi MUET 2019 telah pun dibuat pada 2018 lagi dengan melihat pautan ini.

Jadi mengikut tarikh tersebut bagi sesi 1 akan bermula pada 16 Mac 2019 ini dengan Ujian Bertulis ( Reading, Writing, Listening). Tetapi dengan kejadian yang telah menimpa kawasan Pasir Gudang ketika ini. Sekolah di kawasan daerah Pasir Gudang, Johor Bahru telah pun ditutup.

[Sudah Baca?] Apa Beza MUET Dan MUET ON DEMAND?

Pusat Ujian MUET 2019 bagi kawasan Pasir Gudang yang ditutup adalah :

  • MJ0901 SMK Dato’ Penggawa Timur, Pasir Gudang
  • MJ0907 SMK Pasir Gudang 2, Pasir Gudang
  • MJ0909 SMK Taman Daya, Pasir Gudang
  • MJ0911 SMK Taman Johor Jaya 1, Pasir Gudang
  • MJ0971 Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang

Untuk itu, pihak MPM atas rasa keperihatinan dan simpati kepada calon di daerah Pasir Gudang ini akibat bencana tersebut, MPM menunda ujian bertulis MUET Sesi 1 2019 bagi calon-calon di pusat ini kepada hari Sabtu, 6 April 2019 dengan mendudukinya di pusat yang sama, tanpa sebarang caj tambahan.

Untuk sebarang pertanyaan, calon-calon boleh menghubungi terus MPM di talian 03-6126 1662 atau 03-6126 1666 atau hubungi Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri

Artikel Berkaitan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kongsikan kepada Yang lain

Jika anda dapati, artikel ini menarik, kongsikan dengan rakan dan pembaca lain