advertisement

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini mengumumkan sebanyak 298 sekolah di kawasan zon merah di daerah Petaling ditutup berhubung peningkatan kes COVID-19.

Menurut data yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung kes penularan COVID-19, daerah Petaling telah disahkan sebagai zon merah. Oleh itu, beberapa langkah telah diambil bagi mengekang penularan lebih teruk.

Justeru itu, KPM memaklumkan bahawa semua sekolah di kawasan zon merah di Petaling, Selangor akan ditutup bermula 12 Oktober 2020 sehingga 25 Oktober 2020 yang melibatkan 298 buah sekolah di daerah tersebut.

BACA : Kerajaan Umumkan Penutupan Semua Sekolah Di Negeri Sabah

Sekolah yang mempunyai asrama termasuk Vokasional juga ditutup. Ibu bapa atau penjaga perlu mengambil murid yang tinggal di asrama tersebut untuk pulang.

Walaubagaimanapun, murid yang menunggu untuk diambil ibu bapa atau murid yang ingin terus kekal berada di asrama sekolah dan Kolej Vokesional sepanjang tempoh penutupan sekolah akan berada di bawah penjagaan warden asrama. Kesemua keperluan makanan dan minum akan disediakan oleh pihak sekolah.

Penjadualan Semula Peperiksaan Percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Bagi kebanyakan sekolah yang kini sedang melaksanakan peperiksaan SPM, sekolah terlibat dengan penutupan boleh menjadualkan semula peperiksaan ini ke suatu tarikh yang bersesuaian kelak.

Senarai 298 Sekolah Yang Ditutup Di Zon Merah Di Daerah Petaling

Senarai ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa dan akan dimuat naik di portal KPM di www.moe.gov.my dan di platform media sosial rasmi KPM.

Daerah Petaling Utama

Daerah Petaling Perdana

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here