advertisement

Astro akan tawarkan akses portal pendidikan “Learning Port Interactive” menerusi Astro Rewards bagi pelanggan setia Astro. Ini pastinya akan memberi manfaat dan peluang kepada pelajar untuk terus belajar ketika berada di rumah.

Baca Juga : Bantuan Pakej Data Internet Daripada UM-Celcom Untuk Pelajar Universiti Malaya Secara Percuma

Tawaran ini adalah usaha Astro bagi memberikan kandungan pendidikan kepada pelajar sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi meneruskan aktiviti pembelajaran mereka ketika berada di rumah.

Portal Pendidikan ‘Learning Port Interactive’

Learning Port Interactive

Tawaran ini diberi kepada semua pelanggan Astro dan boleh tebus bermula 29 April – 31 Mei 2020 dan boleh diakses selama 2 bulan secara percuma selepas daftar melalui pautan dibawah

Cara Tebus

Sediakan nombor akaun Astro (10 digit) atau nombor smartcard dan juga No Kad Pengenalan pemegang akaun Asttro sebelum tebus.

  1. Pergi ke rewards.astro.com.my/details/LPFreeTrial dan tekan ‘Redeem’
  2. Verify nombor akaun Astro dan kad pengenalan
  3. Copy kod promo
  4. Tekan “Shop Now” untuk lengkapkan pendaftaran bersama kod promo tersebut
  5. Sila screenshot kod promo tersebut jika anda ingin buat kemudian
  6. Kod promo tersebut hanya sah sehingga 31 Mei 2020 iaitu selama 2 bulan selepas tempoh tebus bermula

Semua akses hanya boleh dilakukan melalui secara online di pautan learningport.com.my sahaja. Tempoh adalah 2 bulan selepas berjaya akses kepada produk yang disediakan.

Kandungan menerusi ‘Learning Port Interactive’ merupakan inisiaitif tambahan daripada Tutor TV Astro yang boleh diakses secara percuma di Astro.

Terdapat banyak kandungan yang disediakan di dalam e-pembelajaran ini :

  • Lebih 2,300 modul-modul pendidikan merangkumi video animasi, simulasi, makmal maya, permainan dan pelbagai jenis kuiz
  • Akses kepada Bank Soalan yang terdiri lebih daripada 40,000 soalan dalam format kertas peperiksaan dan kertas ujian bagi semua topik dari sekolah rendah hinggalah sekolah menengah
  • Panduan penyelesaian langkah demi langkah berserta tips untuk skor dalam peperiksaan

Setiap sukatan pelajaran yang diberi adalah berdasarakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulm Standard Sekolah Menengah (KSSM) terkini daripada KPM yang diberi dalam dwi bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Jangan terlepas peluang ini kepada guru dan murid-murid supaya tebus ‘Learning Port Interactive’ ini sebelum 31 Mei 2020 tau. Kongsikan dengan yang lain

sumber : astroawani, astro

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here