advertisement

Pihak Polis Diraja Malaysia telah berkongsi kepada orang ramai di laman facebook rasminya berkaitan perkara-perkara wajib yang perlu dilakukan sebelum anda pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya

Tahun ini sudah pastinya seperti tahun yang sebelum-sebelum ini dimana, orang ramai khususnya umat Islam akan mengambil kesempatan sempena perayaan untuk bercuti dan pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dan saudara.

Dengan itu, sudah pastinya kini ramai yang sibuk membuat persiapan dan persediaan bagi memulakan perjalanan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.

Mungkin antara kita menggunakan kereta, motosikal atau kenderaan awam seperti bas. Ia juga haruslah mengambil perhatian bagi setiap kenderaan yang ingin digerakkan.

Oleh itu, ada beberapa perkara penting yang perlu diingat sebelum pulang ke kampung halaman. Berikut adalah 5 perkara yang wajib anda lakukan sebelum pulang bercuti bagi memastikan semuanya berjalan lancar agar cuti hari raya anda lebih bermakna.

  1. Periksa Kenderaan dan Tiket Perjalanan
    Pastikan anda memeriksa keseluruhan kereta anda seperti keadaan tayar, brek, pendingin hawa dan keseluruhan komponen kereta dalam keadaan yang baik agar tidak berlaku perkara tidak diingini dalam perjalanan nanti. Bagi yang pulang dengan kenderaan awam, pastikan tarikh dan masa di tiket dicetak dengan betul supaya tidak tertinggal pula nanti.
  2. Keselamatan Rumah
    Pastikan anda memeriksa keseluruhan kereta anda seperti keadaan tayar, brek, pendingin hawa dan keseluruhan komponen kereta dalam keadaan yang baik agar tidak berlaku perkara tidak diingini dalam perjalanan nanti. Bagi yang pulang dengan kenderaan awam, pastikan tarikh dan masa di tiket dicetak dengan betul supaya tidak tertinggal pula nanti.
  3. Maklumkan Kepada Pihak Polis dan Jiran Terdekat
    Jangan lupa maklumkan kepada jiran, polis dan pengurusan kondominium tentang ketidakberadaan seisi keluarga di rumah. Ia bagi memastikan keselamatan kediaman anda dipantau ketika berada di kampung.
  4. Tambah nilai kad Touch & Go
    Harus diingat, semua lorong tambah nilai di semua plaza tol ditutup sepanjang Aidilfitri. Oleh itu, tambah nilai kad prabayar anda sebelum tarikh tutup.
  5. Kemas kini aplikasi GPS
    Kemudahan navigasi GPS dapat membantu mencari laluan alternatif jika berlaku kesesakan ataupun penutupan jalan.
  6. Elakkan Memandu Ketika Mengantuk
    Pastikan anda mendapatkan rehat yang cukup sebelum melalukan pemanduan. Jika anda rasa mengantuk ketika memandu, berhentilah seketika di kawasan rehat yang berdekatan bagi mengelakkan kemalangan disebabgkan microsleep.
microsleep membunuh ketika pulang hari raya

Tidak lari kampung tu dikejar. Ingatlah orang yang tersayang

Selain itu, pihak PDRM juga menginatkan bagi lengkapkan maklumat balik kampung melalui aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) yang boleh dimuat turun seperti di pautan berikut:

Pengguna IOS: Appstore
Pengguna Android: Playstore

Kongsikan tips #infobersama ini kepada orang ramai untuk manfaat kita semua

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here