advertisement

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) badan berkanun yang menyediakan perlindungan terhadap kehilangan deposit bank serta manfaat takaful dan insurans sekiranya berlaku kegagalan ahli institusi, dan diberi mandat untuk menggalakkan keyakinan awam dalam kestabilan sistem kewangan di Malaysia.

Sekali lagi, pada 2019 ini dengan pihak PIDM akan menawarkan Program Biasiswa Sarjana Muda kepada pelajar yang layak.

Tarikh Permohonan Biasiswa Sarjana Mudah PIDM

Permohonan dalam talian bagi program biasiswa ini akan dibuka pada 10 Mac 2019 (Ahad) serta anda haruslah hantar bersama-sama dengan semua dokumen sokongan yang berkaitan sebelum 15 April 2019.

Permohonan bagi Program Biasiswa Sarjana Muda boleh di buat di laman web PIDM >>Perbadangan Insurans Deposit Malaysia (PIDM)<<

Tawaran Yang Disediakan Di Bawah Program Biasiswa Sarjana Muda PIDM

  1. Sehingga RM10,000 setahun bagi yuran kursus atau kos sebenar, yang mana lebih rendah;
  2. Sehingga RM2,000 sebagai elaun untuk bahan sokongan pembelajaran, termasuk buku, komputer, alatulis, dan bahan lain bagi setiap semester atau sehingga RM4,000 setahun;
  3. Elaun maksimum sehingga RM 6,000 setahun atau RM500 sebulan;
  4. Penerima biasiswa tidak akan terikat untuk berkhidmat dengan PIDM dan tidak dikehendaki membayar balik wang pembiayaan anugerah biasiswa yang diberikan;
  5. Program Induksi. Program induksi akan dikendalikan untuk semua penerima Anugerah Biasiswa PIDM bagi memastikan mereka memahami mandat, visi, misi dan nilai-nilai PIDM.
  6. Program Mentor dan Bimbingan. Seorang mentor daripada ahli Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif PIDM akan dilantik bagi setiap penerima biasiswa. Mentor itu akan menyediakan bimbingan dan memantau kemajuan secara konsisten dan berterusan sepanjang program itu. Ini adalah bagi memastikan penerima biasiswa mendapat sokongan yang diperlukan dan dapat memanfaatkan pengalaman pasukan pengurusan kami.
  7. Program Latihan Praktikal. Sebagai satu ciri strategik program itu, penuntut akan ditawarkan peluang program latihan praktikal berbayar selama enam bulan di PIDM untuk mengguna pakai ilmu yang dipelajari dalam konteks operasi (‘Purata Nilai Gred Kumulatif’ sekurang-kurangnya 3.00 atau sekurang-kurangnya ‘Kelas Kedua Atas’ dalam peperiksaan akhir).

Secara ringkasnya, program ini akan membiayai yuran dan elaun di atas sehingga maksimum RM20,000 setahun bagi setiap individu. Semasa tempoh latihan praktikal dengan PIDM, setiap penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM1,000 bagi tempoh enam bulan

Syarat-Syarat Kelayakan

Biasiswa ini ditawarkan setiap tahun kepada maksimum 20 pemohon yang berjaya, untuk mengikuti pengajian ijazah sarjana muda sehingga empat tahun di institusi tempatan.

Notis tawaran bagi biasiswa ini terbuka kepada semua penuntut warganegara Malaysia yang memerlukan pembiayaan mulai 2015. Para penuntut yang telah memulakan pengajian sarjana muda juga layak untuk memohon sekiranya memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.

  1. Anda seorang warganegara Malaysia di bawah umur 25 tahun (pada 1 Januari 2019) dan merupakan penuntut sepenuh masa;
  2. Anda hendaklah mencapai keputusan akademik yang cemerlang dalam peperiksaan SPM (minimum 5A dengan kredit dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris) /STPM atau setara A-Level (minimum 2A). Sekiranya anda tiada keputusan STPM atau A-Level, pemohon harus mempunyai keputusan peperiksaan Pra-Universiti (seperti asasi, matrikulasi, atau diploma) dengan minimum Purata Nilai Gred Kumulatif (“PNGK”) sebanyak 3.50 ke atas;
  3. Anda seorang penuntut sepenuh masa dan telah diterima masuk bagi mana-mana kursus yang berkaitan dengan bidang pengajian yang disenaraikan di sini, serta dilulus dan diakreditasi oleh Lembaga Akreditasi Negara (LAN), dalam kolej atau universiti di Malaysia yang diluluskan oleh PIDM;
  4. Tidak dapat meneruskan pengajian kursus tanpa bantuan atau anugerah kewangan;
  5. Tidak menerima biasiswa, bantuan atau anugerah kewangan lain daripada mana-mana institusi atau mana-mana organisasi atau yayasan lain;
  6. Tidak pernah diberhentikan atau ditamatkan daripada penerimaan biasiswa, bantuan atau anugerah kewangan daripada mana-mana institusi, organisasi atau yayasan, atas sebab tindakan disiplin terhadap pemohon;
  7. Permohonan hanya akan dipertimbangkan sekiranya mereka memenuhi kriteria kelayakan; bidang pengajian yang khusus serta senarai kolej dan universiti yang diluluskan oleh PIDM.

Terma dan syarat program biasiswa boleh diubah oleh PIDM mengikut budi bicara mutlaknya dari semasa ke semasa tanpa notis. Sebarang penganugerahan biasiswa adalah mengikut budi bicara PIDM. Rayuan tidak akan diterima.

[Sudah Baca?] Permohonan Biasiswa Kerajaan Sabah Kini Dibuka

Prasyarat

Senarai prasyarat merangkumi:

  1. Keperluan untuk menyediakan maklumat mengenai pendapatan pemohon dan/atau ibu bapa;
  2. Tawaran biasiswa itu akan tertakluk kepada penerimaan terma dan syarat perjanjian biasiswa dengan PIDM;
  3. Penerima biasiswa dikehendaki untuk memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam perjanjian biasiswa termasuk, tetapi tidak terhad kepada, mengekalkan ‘Purata Nilai Gred Kumulatif’ (PNGK) sekurang-kurangnya 3.00 atau sekurang-kurangnya ‘Kelas Kedua Atas’ dalam peperiksaan akhir.

Syarat-Syarat Penerimaan Biasiswa PIDM Berterusan

PIDM boleh menamatkan biasiswa atau sebahagian daripada biasiswa itu, pada bila-bila masa sekiranya penerima biasiswa:

  1. Tidak berupaya untuk meneruskan pengajiannya, atas apa-apa sebab;
  2. Gagal mencapai Purata Nilai Gred (PNG) dan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) minimum 3.00 mata untuk mana-mana semester;
  3. Gagal mengekalkan kelakuan yang selaras dengan peraturan yang ditetapkan oleh kolej atau universiti dan diletakkan di bawah percubaan atas kesalahannya; atau
  4. Melanggar mana-mana terma dan syarat perjanjian biasiswa PIDM.

Bidang Pengajian Yang Layak Sertai Program ini

  1. Perakaunan
  2. Perbankan
  3. Pentadbiran Perniagaan
  4. Kewangan
  5. Perniagaan Antarabangsa
  6. Perbankan Islam
  7. Perbankan dan Pengurusan Kewangan
  8. Sains Komputer /Teknologi Maklumat
  9. Ekonomi
  10. Ekonomi Kewangan Antarabangsa
  11. Statistik
  12. Sains Aktuari
  13. Undang-undang / Undang-undang Syariah
  14. Pengurusan Sumber Manusia / Pembangunan Sumber Manusia
  15. Matematik (Aktuari)
  16. Pengurusan Risiko dan Insurans
  17. Insurans
  18. Komunikasi

Senarai Kolej Dan Universiti Yang Diluluskan

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Universiti Malaya (UM) Universiti Malaysia Pahang (UMP) Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Universiti Putra Malaysia (UPM) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Universiti Sains Malaysia (USM) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Universiti Utara Malaysia (UUM) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Multimedia University (MMU) Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) Universiti Industri Selangor (UNISEL) Tunku Abdul Rahman University College (TAR UC) UNITAR International University (UNITAR)

Untuk Maklumat Lanjut anda boleh hubungi melalui:
Tel Pn Beastrice Low : 03-21737474
Alamat e-mel : ss@pidm.gov.my
Laman web rasmi : www.pidm.gov.my

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here