advertisement

Setiap tahun Yayasan Pahang (YP) yang bertapak di Kuantan akan memberi peluang kepada pelajar sekolah untuk memohon Biasiswa Sekolah Menengah Yayasan Pahang atau dipanggil BSM YP. Biasiswa ini diberikan kepada pelajar anak Pahang yang belajar di Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 yang bersekolah bantuan Kerajaan di Negeri Pahang

Permohonan Biasiswa Sekolah Menengah Yayasan Pahang (BSM YP) 2019

Tarikh Permohonan

Permohonan bagi yang layak boleh dibuat dan telah dibuka bermula pada 15 Februari 2019 sehingga 31 Mac 2019

Cara Membuat Permohonan

Pelajar yang layak boleh membuat permohonan dengan dapatkan Borang Permohonan di sekolah masing-masing.

Syarat Kelayakan

  1. Sekolah yang layak memohon adalah Sekolah Menengah Kebangsaan / Sekolah Menengah Kebangsaan Agama / Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri Pahang / Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Rakyat dalam Negeri Pahang di bawah kelolaan JAIP. (Diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Pahang)
  2. Permohonan hanya dibuka kepada pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4
  3. Anak Negeri Pahang Darul Makmur yang ditakrifkan sebagai:-
    1. Pemohon atau ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur, atau 
    2. Jika Pemohon serta ibu dan bapa lahir di luar Pahang dan telah bermastautin lebih dari sepuluh (10) tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Negeri Pahang MESTI mengemukakan surat pengesahan bermastautin daripada Wakil yang dilantik oleh Yayasan Pahang/ Pegawai Daerah/ Penghulu Mukim. 
    3. Bagi pemohon yang ibubapanya bukan Warganegara Malaysia adalah TIDAK LAYAK MEMOHON. 
  4. Mempunyai ramai adik-beradik yang masih bersekolah di bawah tanggungan ibu bapa tanpa menerima sebarang bantuan.
  5. Pemohon yang terdiri daripada anak yatim atau berasal daripada keluarga miskin yang mendapat bantuan Kebajikan Masyarakat atau ibu bapa atau penjaga uzur, cacat, Orang Kurang Upaya (OKU) atau ibu tunggal atau peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) DIBERI KEUTAMAAN. Keutamaan turut diberikan kepada pelajar yang cemerlang akademik dan kokurikulum.

Mulai tahun 2012, kadar baru BSM telah dinaikkan daripada kadar RM500 setahun kepada RM600 setahun bagi pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 4. Bayaran dibuat dua kali setahun pada setiap Januari dan Julai. Jadi kepada anak Pahang khususnya boleh la mula memohon sekarang. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web rasmi Yayasan Pahang berkaitan dengan Biasiswa Sekolah Menengah (BSM)

Pendidikan Untuk Semua

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here