advertisement

Yayasan Pahang (YP) yang berpengkalan di Kuantan Pahang baru-baru ini telah mengumumkan program Biasiswa Yayasan Pahang 2019 kepada semua anak-anak Pahang khususnya bagi lepasan SPM dan juga STPM 2018.

Biasiswa berprestij yang dikenali dengan nama Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar (BKMB) ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Biasiswa ini memberi peluang kepada pelajar untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awa (IPTA) di dalam negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Yayasan Pahang (YP) hingga ke peringkat pengajian tertinggi iaitu ke peringkat Sarjana dan Kedoktoran tertakluk kepada kecemerlangan akademik dan kokurikulum. Biasiswa ini ditawarkan oleh YP selaras dengan matlamat jangka panjang Kerajaan Negeri Pahang untuk mewujudkan golongan pemikir dan professional dalam usaha membangunkan moda insan bertaraf dunia.

Biasiswa Pendidikan Yayasan Pahang 2019 ini mempunyai 2program iaitu Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar Pahang 2019 dan juga Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Pahang 2019

Cara Permohonan Biasiswa Yayasan Pahang

Permohonan boleh di buat dengan memuat turun borang permohonan dengan layari Laman Web YP di alamat :  >>www.yp.org.my<<   

Dan borang yang telah lengkap boleh dihantar ke YP sebelum atau pada 29 Mac 2019 (Jumaat)

[Sudah Baca?] Tawaran Biasiswa Peringkat Sarjana Dan PhD Tahun 2019 Daripada Yayasan Terengganu

Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar (BKMB) 2019

Biasiswa berprestij yang dikenali dengan nama Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar (BKMB) ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Biasiswa ini memberi peluang kepada pelajar untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awa (IPTA) di dalam negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Yayasan Pahang (YP) hingga ke peringkat pengajian tertinggi iaitu ke peringkat Sarjana dan Kedoktoran tertakluk kepada kecemerlangan akademik dan kokurikulum. Biasiswa ini ditawarkan oleh YP selaras dengan matlamat jangka panjang Kerajaan Negeri Pahang untuk mewujudkan golongan pemikir dan professional dalam usaha membangunkan moda insan bertaraf dunia.

Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Pahang (SPC YP) 2019

Program ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja. Di bawah skim ini, pelajar akan ditawarkan biasiswa bagi mengikuti pengajian seperti berikut:

  1. Program Asasi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Pelajar yang berjaya terpilih di bawah skim ini akan mengikuti pengajian di UIAM dalam bidang Perubatan, Farmasi, Ekonomi, Perbankan / Kewangan Islam dan Pengajian Islam. 
  2. Program Peneraju Profesional Akauntan Muda (CAT-ACCA) di IPAC Education, INTEC Education College. 

Program ini dirangka khas untuk melahirkan golongan profesional di dalam bidang perakaunan dan dijalankan dengan kerjasama Yayasan Pahang, Yayasan Peneraju dan INTEC Education College.

Pelajar yang berjaya terpilih di bawah skim ini akan mengikuti pengajian Certified Accounting Technician (CAT) dan Association of Chartered Certified Accountants (ACCA)

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here