advertisement

Anak Terengganu ada berita baik untuk anda, kini anda boleh buat permohonan Biasiswa Yayasan Terengganu bagi tahun 2020. Tawaran ini dibuka khusus kepada pelajaran lepasan SPM 2019. Jika anda berminat, anda boleh memohon.

biasiswa yayasan terengganu

Yayasan Terengganu sebenarnya bukan sahaja menawarkan Biasiswa kepada lepasan SPM sahaja. Antara program yang ditawarkan adalah :

Permohonan Biasiswa Yayasan Terengganu Tahun 2020

Program Pengajian Luar Negara (A-Level & Ijazah Pertama)

Buka : 13 Mac 2020 TAWARAN BIASISWA SKIM PELAJAR CEMERLANG YAYASAN TERENGGANU PERINGKAT PERSEDIAAN/FOUNDATION & IJAZAH PERTAMA TAHUN 2020 (KATEGORI LEPASAN SPM TAHUN 2019)
Tutup : 25 Mac 2020 jam 12.00 malam

Program Pengajian Dalam Negara (Asasi/Matrikulasi)

Buka : April/Mei 2020 (Dimaklumkan kemudian)
Tutup: Dimaklumkan kemudian

Maklumat lanjut, Syarat Kelayakan dan Borang Permohonan secara atas talian dibuka melalui laman web Yayasan Terengganu. Anda boleh klik pautan dibawah

Baca Juga : Senarai Bantuan Pendidikan Sekolah Dan Universiti Untuk Tahun 2020

Syarat-Syarat Permohonan Biasiswa Yayasan Terengganu

A. Syarat Umum

  • Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat Negeri Terengganu di mana salah seorang ibu atau bapa pemohon berkenaan lahir di Negeri Terengganu.
  • Pemohon dan/atau ibu/bapa bukan rakyat Terengganu tetapi bermastautin selama 10 tahun atau lebih boleh juga memohon dengan menyertakan Sijil Kerakyatan atau surat akuan bermastautin.
  • Ibu/bapa dan/atau pemohon mestilah mendaftar sebagai pemilih/pengundi di Negeri Terengganu.
  • Keutamaan kepada pemohon dari keluarga berpendapatan rendah (B40).

B. Syarat Khusus

1.    PENGAJIAN LUAR NEGARA

1.1    IJAZAH PERUBATAN/PERGIGIAN DI JORDAN & MESIR

  1. Lulus SPM 2019 dengan memperoleh Gred A (-A, A atau A+) dalam sekurang-kurangnya 8 matapelajaran termasuk 3 matapelajaran Sains Tulen, Matematik, Matematik Tambahan, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab Tinggi.
  2. Telah membuat permohonan secara atas talian (on-line) melalui Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia.
  3. Tawaran biasiswa kepada pemohon yang berjaya tertakluk kepada penerimaan Surat Tawaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia.

1.2 IJAZAH PENGAJIAN ISLAM (PERBANKAN ISLAM) DI JORDAN

  • Lulus SPM 2019 dengan memperoleh Gred A (-A, A atau A+) sekurang-kurangnya dalam 8 matapelajaran  termasuk Bahasa Melayu, Matematik, Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Al-Quran & Sunnah dan Pendidikan Syariah Islamiah.
  • Telah membuat permohonan secara atas talian (on-line) melalui Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Tawaran biasiswa kepada pemohon yang berjaya tertakluk kepada penerimaan Surat Tawaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia.

1.3 FOUNDATION/A-LEVEL

  • Lulus SPM 2019 dengan memperoleh minimum Gred A ( A atau A+)  sekurang-kurangnya dalam 8 matapelajaran  termasuk 3 matapelajaran Sains Tulen, Matematik, Matematik Tambahan, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
  • Penawaran biasiswa ke peringkat Ijazah Pertama DI LUAR NEGARA tertakluk kepada ;
    • Memperoleh keputusan peperiksaan cemerlang diperingkat FOUNDATION/A-LEVEL dengan pencapaian sekurang-kurangnya 2A,1B/CGPA 3.75 atau setaraf, dan
    • Memperoleh tawaran/mendapat tempat di Universiti diiktiraf oleh kerajaan Malaysia dan keutamaan dalam bidang-bidang SAINS/KEJURUTERAAN/PERAKAUNAN yang dipersetujui oleh Yayasan Terengganu.

2.    PENGAJIAN DALAM NEGARA

2.1     PERINGKAT PERSEDIAAN (Matrikulasi/Asasi)

  • Lulus SPM 2019 dengan memperoleh sekurang-kurangnya Gred A (-A, A atau A+) dalam 8 matapelajaran  termasuk 3 matapelajaran Sains Tulen, Matematik, Matematik Tambahan, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
  • Telah menerima tawaran di pusat pengajian pengajian persediaan (Matrikulasi/Asasi) di IPTA
  • Penawaran biasiswa ke peringkat Ijazah Pertama (di IPTA dalam Negara sahaja) tertakluk kepada ;
    • Memperoleh keputusan peperiksaan cemerlang peringkat Persediaan (Matrikulasi/Asasi) dengan pencapaian sekurang-kurangnya CGPA 3.75 atau setaraf, dan
    • Memperoleh tawaran/mendapat tempat di IPTA dengan keutamaan dalam bidang-bidang  pengajian iktisas dan kritikal.

KEPUTUSAN TAWARAN

Penawaran biasiswa/pinjaman kepada pemohon yang berjaya akan dipertimbangkan berdasarkan kouta, merit , temuduga dan kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Tajaan & Transformasi Pendidikan dan Pembangunan Pendidikan Yayasan Terengganu.

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here