JPA mempelawa kepada pelajar lepasan SPM untuk memohon JPA Dermasiswa B40 terutamanya bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian peringkat Diploma dan TVET.

Program penajaan dalam bentuk dermasiswa ini mensasarkan bagi pelajar daripada latar belakang keluarga B40. Penajaan dibawah program ini adalah bagi pengajian yang ditawarkan di Universiti Awam (UA), Politeknik dan Institut Kemahiran Awam (IKA).

Institusi Tajaan

  • Universiti Awam (UA)
  • Politeknik
  • Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN)
  • Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)
  • Intitut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI)
  • Kolej Komuniti
  • Intitut Kemahiran MARA/Kolej Kemahiran Tinggi MARA

Program dermasiswa ini mensasarkan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sedang mengikuti pengajian peringkat Diploma dana bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

Permohonan JPA Dermasiswa B40 Kini Dibuka

Anda boleh mula buat permohonan bagi Program Dermasiswa B40 tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ini bermula 13 – 19 Julai 2020 dengan mohon secara online di pautan dibawah

dermasiswa b40

Syarat-Syarat Permohonan

Antara syarat umum yang disenaraikan adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Mempunyai kesihatan yang baik
  • Menduduki peperiksaan SPM buat kali pertama pada tahun 2019
  • Umur belum mencapai 19 tahun pada tarikh permohonan (20 tahun bagi pelajar peralihan)
  • Ibu/bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang JPA
  • Tidak menerima bantuan kewangan/tajaan dari mana-mana pihak di peringkat pengajian yang sama

BACA : Semakan Keputusan Tajaan JPA Tahun 2020

Bidang Pengajian Yang Tidak Ditaja

Semua bidang pengajian di taja kecuali yang disenaraikan dibawah:

  • Pendidikan
  • Kejururawatan
  • Sijil Profesional untuk perlesenan seperti lesen penerbangan (Aircraft Maintenance License)
  • Kursus profesional seperti Certified Legal Practitioner (CLP) dan Chartered Accountancy (CA)

Jika terdapat sebarang pertanyaan, anda boleh hubunyi call centre yang dibuka selama 5 hari di talian 03-8885 3297

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here