advertisement

Bagi yang berkelayakan, kini permohonan guru Interim di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi tahun 2020 telah pun dibuka. Jika berminat anda boleh mula memohon.

Pada 2020 kelak, sekolah dan mata pelajaran yang terlibat bagi pengambilan guru Interim adalah:

  • Sekolah Kebangsaan (SK) bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah serta Pendidikan Jasmani dan Kesihatan; dan
  • Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta Reka Bentuk dan Teknologi

Baca Juga : Biasiswa Dan Pinjaman Yayasan TNB

Permohonan Guru Interim Ambilan 2020

Syarat Asas permohonan, calon-calon hendaklah :

  • Warganegara Malaysia;
  • Sihat tubuh badan;
  • Umur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2020;
  • Memiliki kelulusan akademik sekurang-kurangnya:
    • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan sahaja dengan CGPA minimum 3.0 atau yang setara dengannya daripada Universiti Awam (UA) bagi caloncalon Semenanjung Malaysia; atau
    • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan sahaja dengan CGPA minimum 3.0 atau yang setara dengannya daripada Universiti Awam (UA) atau Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau universiti luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia bagi calon-calon negeri Sabah dan Sarawak;

Anda boleh lihat penerangan lanjut berkaitan permohonan Guru Interim ambilan 2020 di bawah :

permohonan guru interim

permohonan guru interim

permohonan guru interim

Cara Membuat Permohonan Guru Interim 2020

  • Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari laman web IPGM mulai 23 September 2019
  • Calon yang didapati memberi maklumat salah/tidak benar/ manipulasi maklumat dalam borang permohonan akan diambil tindakan dengan menarik balik surat tawaran dan dikenakan tindakan undang-undang. Maklumat ini akan disemak secara terperinci pada hari temu duga, lapor diri bertugas dan selama tempoh interim.

Tarikh Tutup Permohonan Guru Interim 2020

Tarikh tutup permohonan Guru Interim adalah pada 30 September 2019 (Isnin) sebelum jam 11.59 malam.

Pemohon yang tidak menerima sebarang maklumat selepas 3 November 2019 adalah dianggap tidak berjaya. KPM tidak akan mengeluarkan makluman secara bersurat kepada pemohon.

Semakan pengambilan guru INTERIM sudah boleh dibuat sekarang (Februari 2020)

IKLAN PENUH PENGAMBILAN GURU INTERIM


advertisement

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here