advertisement

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa lulusan SPM yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beritizam untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) bagi ambilan 2019 di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

Bagi anda lepasan SPM 2018 yang mahu menjadi menjadi seorang pendidik atau seorang guru, maka inilah peluang anda.

Tarikh Dan Cara Membuat Permohonan Mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan di IPG

Semua pemohon yang layak boleh memohon program PISMP, anda boleh membuat permohonan bermula pada 19 Mac 2019 sehingga 25 April 2019

Pemohon boleh memohon secara dalam talian ketika tarikh dibuka kelak iaitu di: >>pismp.moe.gov.my<<

Matlamat Program

Matlamat Program ini adalah untuk melahirkan guru siswazah sekolah rendah yang terlatih, dinamik, berwibawa dan kompeten dalam melaksanakan tugas-tugas mereka sebagai pendidik dan memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.

Syarat-Syarat Dan Kelayakan Asas

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun dalam tahun permohonan dibuat.
  3. Sihat tubuh badan dan aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  4. Mendapat gred CEMERLANG dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran  di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  5. Mendapat sekurang-kurangnya gred KEPUJIAN dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.
  6. Lulus Bahasa Inggeris.
  7. Memenuhi syarat bidang pengkhususan.

Calon mestilah LULUS Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) yang dijalankan selama dua belas (12) bulan/ dua (2) semester dan  akan diberikan Sijil Tamat PPISMP serta DITAWARKAN mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)  selama empat (4) tahun/ lapan (8) semester di IPG.Program PPISMP dan PISMP dijalankan menggunakan Mod Sepenuh Masa.

Calon Yang Tidak Layak Memohon

  1. Calon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi-institusi pendidikan KPM.
  2. Calon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.
  3. Calon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan dari program.
  4. Calon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.

Bidang Pengkhususan Yang Ditawarkan

Sekolah Kebangsaan/ Sekolah Jenis Kebangsaan Cina/ Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. 

  • Bahasa Melayu
  • Pendidikan Jasmani
  • Bahasa Inggeris
  • Pendidikan Islam
  • Bahasa Arab
  • Pendidikan Seni Visual
  • Bahasa Cina
  • Pendidikan Muzik
  • Bahasa Tamil
  • Pendidikan Muzik
  • Bahasa Iban
  • Pendidikan Khas
  • Bahasa Kadazandusun
  • Pendidikan Awal Kanak-kanak
  • Sains
  • Reka Bentuk Teknologi
  • Matematik
  • Bimbingan dan Kaunseling
  • Sejarah

Prosedure Kemasukan

ijazah sarjana muda perguruan

Sekiranya ada sebarang pertanyaa berkaitan permohonan, sila hubungi di talian Telefon : 03-8312 6720 / 6678 / 6768 / 6693 / 6793 / 7633

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here