advertisement

Kepada ibu bapa yang ingin menghantar anak ke Pusat GENIUS Negara bagi tahun 2021, permohonan tersebut telah dibuka sehingga 30 September 2020. Jadi jika berminat, sila berbuat demikian.

Apa itu GENIUS Negara?

Program GENIUS Negara menyediakan asuhan dan pendidikan awal kanak-kanak berkualiti kepada kanak-kanak di bawah umur 4 tahun terutamanya dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah. Program ini membolehkan kanak-kanak di bawah umur 4 tahun bermain sambil belajar serta menerokai bidang-bidang kegemaran mereka.

Kelebihan GENIUS Negara

Terdapat beberapa kelebihan yang disediakan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dibawah program GENIUS Negara ini antaranya adalah:

  • GENIUS merupakan Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak yang holistik dan menyeluruh
  • Program ini menggunakan kurikulum yang mengintergrasikan secara bersepadu asas asuhan lengkap dan asas didikan awal yang holistik
  • Ianya menggunakan pedagogi belajar melalui bermain
  • Menekankan konsep 3E iaitu meneroka, mengeksperimen dan mengalami (Exploring, Experimenting dan Experiencing)
  • Menyediakan pendidik yang berkelayakan

Permohonan Sertai GENIUS Negara Kini Dibuka

genius negara

Jadi untuk menyertai Program GENIUS Negara di Pusat Anak GENIUS Negara seluruh Malaysia, anda boleh mula memohon sekarang sehingga tarikh tutup iaitu pada 30 September 2020 (Rabu) dengan dapatkan borang permohonan dibawah ini

Segala permohonan, akan diumumkan pada November 2020.

Syarat Permohonan

Untuk melayakkan anda memohon, anda perlu penuhi syarat yang ditetapkan seperti:

  • Warganegara Malaysia (anak)
  • Berumur 4 tahun ke bawah
  • Keutamaan kepada ibu bapa yang mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM4000

BACA : Pengorbanan Seorang Guru Demi Pendidikan Ditunjukkan Di Dalam Filem Super 30

Dokumen Wajib Disertakan

Anda perlu beberapa dokumen seperti yang disenaraikan dibawah untuk mula memohon

  • Salinan surat beranak
  • Salinan MyKid anak
  • Salinan buku kesihatan anak (muka surat hadapan dan rekod vaksin)
  • Salinan kad pengenalan ibu bapa/ penjaga yang disahkan
  • Salinan pendapatan ibu bapa/ penjaga yang disahkan
  • Surat pengesahan tidak bekerja ibu bapa/ penjaga (sekiranya bekerja sendiri)

Senarai Lokasi Pusat Anak GENIUS Negara Di Malaysia

Anda boleh pilih di mana-mana PAGN yang berdekatan dengan anda yang disediakan di seluruh Malaysia. Jika anda duduk di Selangor, mohon di Selangor, jika duduk di Johor, mohon di Johor dan sebagainya. Untuk ketahui senarai penuh, dapatkan di pautan sini

Untuk sebarang maklumat atau pertanyaan, boleh hubungi Bahagian GENIUS Kementerian Pendidikan Malaysia di 03 8880 5151

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here