Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram
permohonan ke tingkatan 6

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui portal rasmi mereka mengeluarkan pemberitahuan dan pengumuman berkaitan Permohonan Rayuan Kemasukan Ke Tingkatan 6 bagi calon STPM Tahun 2019 (KISAS Dan SMAP LABU) dibuka bermula pada 1 April 2019 sehingga 30 April 2019.

Isi kandungan

Cara Permohonan

Anda terlebih dahulu perlulah muat turun borang permohonan ke tingkatan 6 KISAS dan SMAP Labu di pautan di bawah yang disediakan

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah sampai sebelum atau pada 30 April 2019 ke alamat berikut :

Pengarah, Bahagian Pendidikan Islam,
Aras Bawah Dan 2, Lot 2251, Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan.
(U.P: Sektor Kemajuan Sekolah Agama)

Sila Sertakan 1 Salinan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan bersama borang permohonan:  

  1. Keputusan SPM
  2. Kad Pengenalan
  3. Surat Beranak
  4. Sijil-Sijil Kokurikulum

Syarat Kelayakan

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Lulus Perperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  3. Memperolehi kepujian dalam Bahasa Melayu sekurang-kurangnya 6C.
  4. Memperolehi kepujian dalam Bahasa Arab Tinggi sekurang-kurangnya 6C.
  5. Lulus kedua-dua matapelajaran berikut dan satu daripadanya sekurang-kurangnya 6C:
    1. Pendidikan Syariah Islamiah
    2. Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah
  6. Memperolehi Agregat tidak melebihi 14 Mata untuk tiga matapelajaran terbaik.
  7. Umur tidak kurang daripada 17 Tahun dan tidak melebihi 20 tahun pada tahun permohonan semasa.
  8. Surat tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam KISAS dan SMAP LABU akan dihantar kepada pemohon yang berjaya melalui E-Mel.

Sebarang maklumat lanjut boleh berhubung dengan Pegawai seperti di bawah:  

Pn. Yusnidah @ Yusnidiah binti Mahat    
yusnidah.mahat@moe.gov.my
03-83217336  

En. Fazrul Azman bin Khairuddin
azman.khairuddin@moe.gov.my
03-83217339

Artikel Berkaitan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kongsikan kepada Yang lain

Jika anda dapati, artikel ini menarik, kongsikan dengan rakan dan pembaca lain