advertisement

Serentak dengan pengumuman tarikh keputusan SPM 2018 semalam, pihak KBS juga membuat pengumuman dan hebahan media berkaitan Permohonan Kemasukan ke Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) bagi sesi Julai 2019

Secara ringkas, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) melalui Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) menawarkan latihan amali serta praktikal bagi menyediakan golongan belia dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk terus menyertai kerjaya terpilih setelah tamat pengajian.

Jadi selain lepasan SPM, selain daripada permohonan Universiti Awam melalui UPUOnline, permohonan Politeknik & Kolej Komuniti, permohonan Matrikulasi, ILKBS ini juga menyediakan peluang pembelajaran dan yang paling menariknya adalah lebih kepada penyediaan ke arah pekerjaan sebenar dengan melebihkan latihan kemahiran. Anda boleh memilih laluan kerjaya anda dalam 13 bidang pengkhususan di laman web kemahiran.kbs.gov.my

Tarikh Permohonan Kemasukan ILKBS

Tarikh permohonan telahpun dibuka bermula daripada 25 Februari 2019 sehingga 2 April 2019. Dengan semakan keputusan yang boleh dibuat oleh pemohon pada 10 Mei 2019.   

Untuk permohonan anda boleh layari laman web 
>>ekampus.kbs.gov.my<<

Syarat Umum

  1. Warganegara Malaysia
  2. Boleh membaca dan menulis
  3. Berusia di antara 18 – 30 tahun semasa memohon dan berkelulusan sekurangnya Tamat Tingkatan 5
  4. Belum berkahwin @ bujang
  5. Sihat tubuh badan
  6. Tidak pernah melakukan kesalahan jenayah dan penyalahgunaan najis dadah
  7. Belum pernah mengikuti latihan kemahiran di mana-mana Institut Latihan Awam/Swasta (KECUALI calon yang mempunyai sijil lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) & Sijil Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk menyambung pelajaran)
  8. Sanggup menjalani latihan sehingga tamat dan dikehendaki mengikut segala peraturan yang telah, sedang dan akan ditetapkan
  9. Pemohon yang sedang menjalani latihan dimana-mana institut latihan kemahiran dan belum tamat latihan/belum memperolehi sijil ketrampilan SKM tahap 2/3 atau 3/4 tidak dibenarkan memohon untuk tahap selanjutnya
  10. Pemohon yang tidak tamat latihan / disingkir dari mengikuti latihan dari mana-mana Institut Latihan Awam lain tidak dibenarkan memohon
advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here