advertisement

Pada 17 Januari yang lepas, keputusan STAM telah diumumkan secara rasminya bagi seluruh negara. Jadi berita baik untuk lepasan STAM, lepasan SPM dan juga Diploma Qiraat di mana permohonan bagi melanjutkan Pengajian ke Timur Tengah bagi Sesi 2019/2020 telah pun di buka.
permohonan melanjutkan pengajian ke timur tengah bagi sesi 2019/2020
Permohonan secara atas talian telah pun di buka pada 22 Januari 2019 (Selasa) pada pukul 3 petang. Tetapi tarikh tutup berbeza iaitu; 
  • Bagi lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tarikh akan ditutup pada 31 Januari 2019 iaitu Khamis pada pukul 11.59 malam 
  • Manakala lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Diploma Qiraat akan ditutup pada 8 April 2019 bersamaan hari Isnin pada pukul 11.59 malam 
Dimaklumkan bahawa pelajar Malaysia yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke Timur Tengah bagi sesi 2019/2020 perlu membuat permohonan secara atas talian di pautan di bawah

Bagi lepasan SPM, selepas keputusan SPM diumumkan, pemohon diminta untuk mengemaskini permohonan secara atas talian sebelum tarikh tutup iaitu 8 April 2019 seperti tarikh diberi tahu di atas.
Permohonan bagi melanjutkan pengajian ke Timur Tengah bagi bidang Pengajian Islam, Perubatan, Pergigian dan Farmasi HANYA diproses oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sahaja. Sebagai makluman, penggunaan agen bagi menguruskan permohonan dan penempatan ke Timur Tengah adalah atas pilihan dan tanggungjawab pelajar atau ibubapa sendiri. KPM TIDAK MELANTIK mana-mana agen bagi menguruskan pelajar ke Timur Tengah.

Segala prosedure dan panduan permohonan anda boleh dapatkan di link di pautan di bawah
Klik Pautan Ini

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut bolehlah menghubungi Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi seperti berikut:
Bahagian Education Malaysia
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, No.2, Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5, 62200 PUTRAJAYA
No. Tel : 03-8870 6627 / 6226 
No. Faks : 03-8870 6853
Emel : mhashimah.yusof@moe.gov.my/khairul.samsudin@moe.gov.my 
Fb : Education Malaysia Division

Pendidikan Untuk Semua

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here