advertisement

Kepada pelajar yang berminat, permohonan MRSM bagi tahun 2020 telah dibuka. Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) menyediakan sistem pendidikan yang berteraskan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) bagi melahirkan insan cemerlang yang holistik, inovatif dan berintegriti.

MARA mempelawa calon-calon yang memiliki sahsiah terpuji, jati diri yang tinggi dan cemerlang dalam akademik serta aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk mengikuti Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM) yang menawarkan program-program berteraskan kurikulum kebangsaan dan antarabangsa.

Baca Juga : Permohonan Semester 2, Program Ijazah Di UTem Ambilan Sesi 2019/2020

Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Permohonan secara online bagi Tingkatan 1 dan 4 dibuka mulai 8 September 2019 hingga 30 November 2019. Calon yang berminat dinasihatkan untuk membuat permohonan awal tanpa menunggu keputusan peperiksaan UPSR dan PT3.

permohonan mrsm 2020

Permohonan MRSM Tahun 2020

Kemasukan ke MRSM hanya dibuka kepada tingkatan 1 dan tingkatan 4 sahaja setiap tahun. Jadi anda perlu memenuhi syarat umu bagi kemasukan ini.

Syarat Kemasukan MRSM

Syarat Umum

  • Calon warganegara Malaysia.
  • Ibu atau bapa adalah warganegara Malaysia.
  • Calon mestilah memohon online.
  • Calon menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) tahun 2019 yang merangkumi Pentaksiran Pusat (UPSR/PT3), Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi).
  • Calon sihat tubuh badan
  • Calon kurang upaya mestilah calon yang boleh bergerak sendiri tanpa bantuan orang lain.

Syarat Khusus

  • Calon mestilah mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang
  • Calon mestilah aktif dalam aktiviti kokurikulum
  • Keutamaan diberi kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah
  • Pemilihan pelajar ke MRSM adalah berdasarkan merit

Bagi pelajar yang berminat anda boleh memohon kemasukan MRSM secara online dengan klik dipautan dibawah

advertisement

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here