advertisement

Panggilan bagi kemasukan ke UiTM ataun Universiti Teknologi Mara telah pun dibuka. Panggilan ke-2 ke UiTM kali ini bermula dengan Part1 yang telah bermula pada Julai yang lepas.

Panggilan ke-2 ke UiTM ini hanya dibuka kepada peringkat Diploma, Asasi dan 1 kursus daripada peringkat Sarjana Muda sahaja. Jadi bukan semua kursus ditawarkan bagi kemasukan ke-2 UiTM kali ini.

Jika anda sebelum ini tidak berjaya memasuki mana-mana universiti bagi lepasan SPM di dalam permohonan UPUOnline, mungkin kali ini rezeki anda di UiTM.

Permohonan Panggilan Ke-2 Ke UiTM

Permohonan kali ini telah pun dibuka bermula pada 8 Julai 2019 hingga 26 Ogos 2019. Bermula tarikh tersebut juga anda sudah boleh memeli unik ID di BSN bagi membuat permohonan kemasukan.

Anda boleh membuat permohonan kemasukan di online.uitm.edu.my

Program Pengajian Yang Ditawarkan

Asasi Undang-Undang UiTM

Terbuka kepada pelajar SPM/Setaraf

74 Program Diploma

Terbuka kepada:

  • Pelajar lepasan SPM/Setaraf
  • Pelajan penerapan Pra-Diploma Perdagangan & Pra-Diploma Sains UiTM
  • Pelajar Pra-Diploma Sains KKB UiTM (CGPA 3.5 ke atas sahaja)

Sarjana Muda Sains (Kepujian) Senibina

Terbuka kepada pelajar lepasan SPM/Setaraf

Syarat Permohonan Kemasukan Ke-3 UiTM

  • Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun
  • Permohonan adalah warganegara Malaysia
  • Memenuhi syarat kemasukan minimum bagi setiap kursus yang ditawarkan
  • Tidak pernah disabitkan atas sebarang kesalahan jenayah dan menunggu prosiding mahkamah
  • Pelajar yang sedang belajar dimana-mana IPT tidak dibenarkan memohon kecuali pelajar Pra-Diploma UiTM

Bagi menyemak syarat pengambila ke-2 UiTM, anda boleh terus ke laman web pengambilan.uitm.edu.my

Jika anda mempunyai pertanyaan bagi pengambilan dan keputusan permohonan anda boleh hubungi:
Unit Diploma : 03-5544 3194/3196/8067

Panggilan Ke-2 Ke UiTM

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here