Jika anda berminat untuk sambung belajar, kini anda boleh cuba membuat permohonan daripada Yayasan Peneraju bagi mengikuti beberapa Program Pembiayaan Pendidikan.

Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) merupakan satu inisiatif untuk mengukuhkan pembinaan keupayaan Bumiputera secara sejagat dan berterusan. Antara mandat yang diamanahkan kepada Yayasan Peneraju termasuk meningkatkan kualiti, kuantiti dan keberkesanan bakat-bakat Bumiputera sejajar dengan usaha menaiktaraf Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi melalui pendidikan akademik, pensijilan profesional dan vokasional.

Baca Juga : Mohon UPU Segara. Permohonan Sehingga 17 April 2020

Program Pembiayaan Pendidikan termasuk dalam bidang TVET, CAT & ACCA dan juga bagi golongan bekerja berumur 40 tahun ke bawah. Jadi segala perbelanjaan akan ditanggung oleh Yayasan Peneraju sendiri.

Pembiayaan Daripada Yayasan Peneraju

Senarai penuh Program Pembiayaan Pendidikan yang sedang dibuka untuk permohonan ini berbeza-beza mengikut program. Jadi anda perlu klik di pautan yang berkaitan.

Untuk belia berumur 18 – 23 tahun yang cenderung ke bidang TVET

  1. Peneraju Skil Iltizam Insulation Pipe Gas – http://bit.ly/2kJqv1j
  2. Peneraju Skil Iltizam Juruteknik Pemesinan CNC – http://bit.ly/2m3J6VM
  3. Peneraju Skil Iltizam Industrial Automation – http://bit.ly/2kqLF3T
  4. Peneraju Skil Iltizam Juruteknik Peralatan Berputar – http://bit.ly/2kqV1wF
  5. Peneraju Skil Iltizam AAT Advanced Diploma In Accounting With Cloud Accounting Certification – http://bit.ly/2lX5alc
  6. Peneraju Skil Iltizam Fabrikasi Logam – http://bit.ly/2kNeIix
  7. Peneraju Skil Iltizam Jaminan Kualiti – http://bit.ly/2kNsAcy
  8. Peneraju Skil Iltizam Boilerman – http://bit.ly/2kGRQkF
  9. Peneraju Skil Iltizam Automotive Electrician Technician – http://bit.ly/2kUmrey

Untuk Lepasan CAT & Diploma berumur 22 tahun ke bawah

Peneraju Profesional Akauntan Kategori B (ACCA) – http://bit.ly/2kVFa9o

Untuk lepasan Ijazah Sarjana Muda berumur 25 tahun ke bawah

Peneraju Profesional Akauntan Siswazah (ACCA) – http://bit.ly/2kVFa9

Untuk golongan bekerja berumur 40 tahun ke bawah

  1. Peneraju Skil Data Engineer – http://bit.ly/2mld4o
  2. Peneraju Profesional Data Scientist – http://bit.ly/2mpPC9J

Sila klik pautan di atas atau layari www.yayasanpeneraju.com.my atau facebook rasmi Yayasan Peneraju untuk ketahui tarikh tutup, syarat-syarat kelayakan dan cara untuk memohon. Tempat adalah terhad dan tertakluk pada terma & syarat!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here