advertisement

Berita baik kepada semua pelajar yang sedang atau akan melanjutkan pengajian di peringkat pengajian tinggi sama ada dalam atau luar negara khususnya bagi anak-anak negeri Perak. Pihak kerajaan negeri Perak telah menyediakan pinjaman pengajian kepada anak-anak perak khasnya bagi yang layak. Jadi sedikit sebanyak dapat meringankan beban yuran pengajian kepada pelajar.

Permohonan Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak 2019

Objektik tawaran pinjaman pengajian ini akan memberi kemudahan pinjaman pelajaran kepada Warganegara Malaysia khususnya anak Perak yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian ke institusi-institusi pengajian tinggi yang ditaja dan seterusnya menyumbang kepada Wawasan Perak Amanjaya.

Tarikh permohonan telah dibuka dari 2 Disember 2018 sehingga 28 Februari 2019. Bagi keadah atau cara permohonan, anda boleh membuat permohonan melalui aplikasi berikut:

Syarat-Syarat Permohonan

  • Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak;
  • Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di luar Negeri Perak telah bermastautin di dalam Negeri Perak lebih daripada 10 tahun;
  • Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak telah bermastautin di dalam Negeri Perak lebih dari 10 tahun ;
  • Pemohon mestilah mengikuti kursus pengajian Sepenuh Masa;
  • Bagi pemohon yang sedang belajar hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya baki tiga (3) semester atau satu (1) setengah tahun tempoh pengajian (Tempoh Pengajian mengambil kira semester panjang sahaja);
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 5,000.00;
  • Umur pemohon pada tahun semasa mestilah :
    • DIPLOMA – Tidak melebihi 26 tahun dan 41 tahun bagi yang berkhidmat dengan Kerajaan
    • IJAZAH / SARJANA MUDA – Tidak melebihi 36 tahun dan 41 tahun bagi yang berkhidmat dengan Kerajaan
    • IJAZAH SARJANA – Tidak melebihi 36 tahun dan 40 tahun bagi yang berkhidmat dengan Kerajaan
    • IJAZAH KEDOKTORAN (PH.D) – Tidak melebihi 36 tahun dan 40 tahun bagi yang berkhidmat dengan Kerajaan

Seterusnya, bagi mengetahui tempat pengajian anda layak atau tidak untuk permohonan ini anda boleh semak DISINI.

Jadi kepada pelajar Dalam dan Luar Negara yang layak untuk memohon, sila berbuat demikian sebelum tarikh tutup. Sedikit sebanyak dalam meringankan bebanan khususnya yuran pengajian dan kos sara hidup.

Pendidikan Untuk Semua
advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here