advertisement

Berita baik untuk pelajar lepasan Ijazah dimana, anda boleh memohon Biasiswa MyBrainSc yang bermula pada awal Mei 2020 ini. Ini merupakan salah satu program daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sendiri.

Sedikit sebanyak bantuan ini akan memanfaatkan kepada bakal-bakal saintis muda yang berani menyahut cabaran serta menghasilkan cendekiawan yang bertaraf dunia dan akhirnya diiktiraf sebagai Nobel Laureate.

Baca Juga : Senarai Bantuan Pendidikan Sekolah Dan Universiti Untuk Tahun 2020

Biasiswa MyBrainSc terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang sedang atau akan mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama dan Pasca Ijazah secara sepenuh masa dalam bidang sains tulen iaitu Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik di Universiti Awam (UA), Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan universiti terkemuka luar negara.

Tawaran Biasiswa MyBrainSc

biasiswa mybrainsc

Permohonan dibuka mulai 1 Mei 2020 (5 petang) hingga 21 Mei 2020 (11 malam) secara dalam talian (online) melalui Portal KPM di pautan dibawah. Permohonan perlu dibuat secara dalam talian sepenuhnya dengan klik menu LOG MASUK, dan mendaftar sebagai pengguna sistem

Pemohon hendaklah memastikan rancangan penyelidikan (proposal) telah dipersetujui dan disahkan oleh penyelia bagi peringkat pengajian Sarjana dan PhD.

Pemohon hendaklah bebas daripada senarai hitam Pinjaman Tabung Pelajaran Tinggi Negara (PTPTN) atau Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP)

Syarat Permohonan

Syarat-syarat permohonan adalah berdasarkan 3 kategori berikut:

1) Kedoktoran (Ph.D);

  • Calon adalah warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2020;
  • Calon telah mendapat keputusan cemerlang di peringkat Sarjana dan sekurang-kurangnya PNGK 3.75 di peringkat Ijazah Pertama dan ke atas atau Kelas Pertama atau setara dengannya dalam bidang sains tulen;
  • Calon tidak mempunyai sebarang ikatan kontrak dari mana-mana penaja semasa di peringkat pengajian terdahulu atau pihak penaja bersedia melepaskan ikatan kontrak jika ditawarkan biasiswa ini;
  • Calon yang sedang berkhidmat di mana-mana sektor awam atau swasta dan bersedia untuk melepaskan jawatan sekiranya ditawarkan biasiswa ini;
  • Calon yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Sarjana akan dipertimbangkan namun mod pengajian mestilah dalam mod penyelidikan dan sepenuh masa; dan
  • Calon yang sedang mengikuti pengajian Ph.D atau telah mendapat tempat mengikuti pengajian dalam bidang sains tulen sama ada di dalam negara atau luar negara akan dipertimbangkan berdasarkan senarai universiti yang telah ditetapkan oleh Kementerian.

2) Sarjana

  • Calon adalah warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak melebihi 28 tahun pada 1 Januari 2020;
  • Calon telah mendapat keputusan cemerlang di peringkat Ijazah Pertama dalam bidang sains tulen iaitu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.75 ke atas atau Kelas Pertama dan mod pengajian mestilah dalam mod penyelidikan penuh;
  • Calon tidak mempunyai sebarang ikatan kontrak dari mana-mana penaja semasa di peringkat pengajian terdahulu atau pihak penaja bersedia melepaskan ikatan kontrak jika ditawarkan biasiswa ini;
  • Calon yang sedang berkhidmat di mana-mana sektor awam atau swasta dan bersedia untuk melepaskan jawatan sekiranya di tawarkan biasiswa ini;
  • Mod pengajian mestilah dalam mod penyelidikan dan sepenuh masa; dan
  • Calon sedang mengikuti pengajian di peringkat Sarjana atau telah mendapat tempat mengikuti pengajian dalam bidang sains tulen sama ada di dalam negara atau luar negara berdasarkan senarai universiti yang telah ditetapkan oleh Kementerian.

3) Ijazah pertama

  • Calon adalah warganegara Malaysia;
  • Umur tidak melebihi 21 tahun pada 1 Januari 2020;
  • Calon memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 3.60 dan ke atas di peringkat Asasi Sains/ Matrikulasi/ STPM/ Diploma, Skala 1180/1600 untuk semua ujian dalam SAT, 40/45 dalam International Baccalaureate (IB) dan 4A dalam A Level;
  • Pelajar-pelajar yang berada di semester akhir di peringkat Asasi Sains/ Matrikulasi/ STPM/ Diploma, Skala 1180/ 1600 untuk semua ujian dalam SAT, 40/45 IB Diploma dan A-Level;dan
  • Pelajar belum lagi menerima menerima sebarang biasiswa/ tajaan/ ikatan perjanjian dari mana-mana penaja.

Bidang Pengajian

  • Fizik
  • Biologi
  • Kimia
  • Matematik

Untuk maklumat lanjut berkaitan Skim Biasiswa MyBrainSc, anda boleh layari portal Biasiswa biasiswa.moe.gov.my/MyBrainSc/

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here