Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram
upuonline 2020

Pada tahun ini UPUOnline 2020 akan dibuka bermula 24 Februari 2020. UPUOnline iaitu sistem permohonan kemasukan pelajar ini perlu diberi perhatian terutamanya bagi lepasan SPM, STPM, Matrikulasi dan Setaraf.

Baca Juga : Permohonan Sebagai Pensyarah Di Kolej Matrikulasi KPM

Pada tahun ini, permohonan UPUOnline membawa kelainan sedikit dimana, permohonan Maktab Perguruan pun akan dimohon melalui sistem ini dan bukannya melalui pismp seperti tahun-tahun sebelum ini. Jadi lepasan STPM atau Matrikulasi, sila cakna dengan berita terkini.

upuonline 2020

Isi kandungan

UPUOnline 2020

Tahun 2020, permohonan UPUOnline akan dibuka bermula 24 Februari hingga 31 Mac 2020 (bagi lepasan SPM) atau 7 April 2020 (bagi lepasan STPM/Setaraf). Jadi pastikan anda berada dalam kategori yang anda ingin mohon supaya tidak terlepas permohonannnya.

Kategori Permohonan

>> Lepasan SPM

  • SPM 2019
  • SPM 2018
  • SPM 2017

Lepasan ini akan menyambung pelajara ke

  • Asasi – UA
  • Diploma – UA, Politeknik & ILKA
  • Sijil – Kolej Komuniti & ILKA
  • Matrikulasi – Kolej Matrikulasi (SPM 2019)
  • Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Di IPG

>> Lepasan STPM / SETARAF

  • STPM 2019
  • Matrikulasi / Asasi Sains UM / Asasi UiTM 2019/2020
  • STAM 2018 & 2019 / Diploma / Setaraf
    • Diploma UA / Politeknik
    • DKM / DLKM / DVM / Diploma IPTS / Diploma Luar Negara / Lain-lain Diploma
    • Kelayakan setaraf seperti A-Level / IB / AUSMAT / SAM / CPU
    • STPM, Matrikulasi/Asasi, STAM (bukan tahun semasa)

Lepasan ini akan menyambung pelajara ke

  • Ijazah Sarjana Mudah di UA

Cara Memohon UPUOnline 2020

Jadi jika anda berada di kategori yang disenaraikan di atas, anda layak bagi memohon UPUOnline 2020 kali ini. Caranya, terlebih dahulu anda perlu dapatkan No. Unik ID

  1. Pembelian No. UNIK ID (bermula 24 Februari 2020 hingga tamat permohonan)
  2. Pembelian No. UNIK ID mestilah berdasarkan Nama & No. Kad Pengenalan / MyKad pemohon. (BSN akan mengeluarkan salinan resit pembayaran bersama-sama dengan No. UNIK ID)
  3. Pembelian secara individu melalui Kaunter BSN
  4. Pemohon juga boleh membelinya melalui 2 cara jika anda atau Ibubapa memilik Akaun GIRO BSN iaitu beli melalui mesin ATM atau perbangkan Internet (myBSN)
  5. Harga bagi No. UNIK ID tersebut adalah RM15.60

Selepas siap pembelian semua, anda boleh mula membuat permohonan UPUOnline 2020 di pautan dibawah

Jika ada sebarang persoalan boleh terus hubungi hotline 03-8870 8200 dan ikuti mereka di platform media sosial.

Instagram : @kemasukanbpkp
Twitter : @twt_upu
Facebook : kemasukan bpkp jpt

Artikel Berkaitan

2 thoughts on “Permohonan UPUOnline 2020”

  1. Pingback: Permohonan Diploma Al-Quran Di Darul Quran Dan Lokasi Tambahan DQ - pendidikan4all

  2. Pingback: Pengambilan Calon Pegawai Kadet UPNM 2020 Bagi Lepasan SPM - pendidikan4all

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kongsikan kepada Yang lain

Jika anda dapati, artikel ini menarik, kongsikan dengan rakan dan pembaca lain