advertisement

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengajak semua warga KPM termasuk pelajar bagi menyertai pertandingan mencipta logo Bahagian Genius dan juga logo Yayasan Genius Malaysia.

Jika sebelum ini kita pernah dengar berkaitan dengan PERMATA dan kini telah diberi nafas baru dengan nama baru, GENIUS. Jadi tertubuhlah Yayasan Genius Malaysia.

Seiring dengan nafas baru yang diberikan, pihak KPM mengajak warganya juga dipanjangkan kepada pelajar Universiti, Kolej Komuniti dan Politiknik bagi menyumbangkan idea dan kreativiti untuk mencipta logo yang baru bagi GENIUS iaitu Logo Bahagian Genius dan Logo Yayasan Genius Malaysia.

Pertandingan mencipta logo Yayasan Genius Malaysia ini bertujuan mendapatkan beberapa pilihan logo sebelum diangkat untuk pertimbangan YB Menteri Pendidikan.

Tempoh Penyertaan

Penyertaan dibuka bermula 1 Jun 2019 sehingga 30 Jun 2019 dan selepas tarikh tersebut, sebarang penyertaan tidak akan dilayan

Yuran Penyertaan Mencipta Logo

Pertandingan mencipta logo Bahagian Genius dan Yayasan Genius malaysia adalah Percuma

Syarat dan Terma Perandingan Mencipta Logo

  1. Ianya terbuka kepada semua warga KPM dan pelajar universiti, kolej komuniti dan politeknik tanpa mengira had umur.
  2. Penyertaan boleh dihantar seberapa banyak pun.
  3. Semua ciptaan mestilah baharu, asli dan tidak ditiru daripada mana-mana logo.

Segala syarat dan spesifikasi reka bentuk logo anda boleh rujuk disini

Borang penyertaan serta syarat dan terma pertandingan mencipta logo Yayasan Genius Malaysia boleh dimuat turun di pautan di bawah ini:

Penyertaan hendaklah dihantar kepada:

Bahagian GENIUS
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 3, Blok Podium, Menara Usahawan
Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya
No Tel: 03-8880 5151/5152/5129
E-mel: hantarpadafadzlin@gmail.com

advertisement

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here