advertisement
Perubahan Yang Akan Berlaku Di Sekolah Pada Tahun 2019
Perubahan Yang Akan Berlaku Di Sekolah Pada Tahun 2019 | Kementerian Pendidikan Malaysia sedang membuat perubahan dan penambahbaikkan ke arah yang lebih baik dari sebelumnya. Jadi pihak KPM telah merangka beberapa strategi dan usaha yang baik yang akan berlaku bermula tahun 2019.
Perubahan ini sudah tentunya di nantikan oleh semua pihak sama ada pihak sekolah sendiri mahupun ibu bapa dan anak-anak. Jadi pada November 2018 yang lepas, Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee telah berkongsi dengan rakyat Malaysia informasi di laman facebook dan twitter berkaitan perubahan yang akan berlaku pada 2019 ini.
Menurut daripada informasi grafik yang dikongsikan tersebut terdapat 7 usaha ke arah yang lebih baik akan berlaku kelak iaitu:
  1. Masalah sekolah daif akan diselesaikan secara signifikan
  2. Tiada lagi tugas-tugas pengkeranian guru yang membebankan
  3. Peperiksaan Tahap 1 bagi murid tahun 1,2 dan 3 akan dimansuhkan dan diganti dengan pentaksiran alternatif
  4. Penekanan kepada pendidikan berteraskan nilai
  5. Sarapan dan bantuan kepada murid B40
  6. Kanak-kanak tanpa dokumen boleh mula bersekolah
  7. Tiada lagi pembahagian kelas mengikut kelas pandai, kelas kurang pandai
Rata-rata komen atau reply yang saya baca di Twitter khususnya sukakan kepada usaha no 7 iaitu selepas ini tiada lagi pembahagian kelas mengikut kelas pandai dan juga kelas kurang pandai. Jika sebelum ini, kita sudah tahu, pembahagian kelas dibahagikan mengikut keputusan peperiksaan. Jika keputusan anda cemerlang, anda duduk di kelas terawal dan sebaliknya. Mungkin selepas ini ada cara lain yang lebih adil dan saksama bagi pembahagian kelas ini.
Semua 7 usaha yang di titikberatkan ini sudah pastinya memberi kebaikkan kepada semua pihak. Guru akan dapat lebih fokus mengajar dan membentuk anak bangsa manakala murid-murid pula lebih selesa dan tidak tertekan ketika berada di sekolah. Saya doakan semoga usaha-usaha KPM ini akan membuahkan hasil kelak.
Pendidikan Untuk Semua
advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here