Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram
Melalui pembentangan Belanjawan 2019 pada Oktober lalu, Menteri Kewangan, Lim Guang Eng menyatakan di mana pihak Kerajaan akan memperuntukan sebanyak RM50 juta kepada Sekolah Tahfiz manakala RM25 juta disalurkan kepada Sekolah Pondok yang berdaftar.
Peruntukan RM25 Juta Kepada Sekolah Pondok Berdaftar

Jadi baru-baru ini, melalui pihak Kementerian Kewangan secara rasminya telah memberi cek kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato Seri Dr. Mujahid di kementeriannya terus kepada pihak JAKIM.
Peruntukan ini bertujuan menaik taraf dan menyelenggara sekolah pondok yang berdaftar supaya pelajar-pelajar dapat menuntut ilmu dan melalui suasana pembelajaran dengan selesa, selamat, sihat dan berkualiti.
Jadi dengan peruntukan ini menjadikan lagi Sekolah Tahfiz terutamanya Sekolah-Sekolah Pondok menjadi medan ilmu agama yang boleh dituntut oleh orang ramai. Sudah tentu peruntukan ini akan diperguna sebaik mungkin oleh pihak sekolah bagi menjaga kebajikan pelajar dan guru-guru sebagai golongan pendidik. Ibu bapa juga menjadi lebih yakin untuk menghantar anak-anaknya bagi menimba ilmu agama di Sekolah Pondok.
Pendidikan Untuk Semua

Artikel Berkaitan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kongsikan kepada Yang lain

Jika anda dapati, artikel ini menarik, kongsikan dengan rakan dan pembaca lain