Pihak KKM telah mengeluarkan kenyataan dimana telah melakukan Pindaan Takwim Penggal Persekolahan Tahun 2020. Ada beberapa perubahan yang berlaku di dalam bilangan percutian.

Kita sedia maklum, sekolah akan dibuka semula pada 24 Jun 2020 (Rabu) tetapi hanya khusus kepada murid Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 yang bakal menduduki peperiksaan awam iaitu Sijil Pelajaran malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan peperiksaan antarabangsa yang setara.

Pindaan Takwim Persekolahan Tahun 2020

Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuat pindaan Takwim Penggal Persekolahan Tahun 2020 untuk membantu pihak sekolah membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran murid.

Antara pindaan yang dibuat adalah seperti berikut mengikut Kumpulan :

Kumpulan A : Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu
Kumpulan B : Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya

  • Cuti Pertengahan Penggal 2 dikurangkan daripada 9 hari kepada 5 hari bagi kumpulan A dan B
  • Cuti Akhir Tahun kumpulan A dikurangkan daripada 42 hari kepada 14 hari
  • Cuti Akhir Tahun kumpulan B dikurangkan daripada 41 hari kepada 13 hari

Oleh itu, jumlah hari persekolahan secara bersemuka berdasarkan pindaan Takwim Penggal Persekolahan Tahun 2020 adalah sebanyak 168 hari bagi semua sekolah.

Anda boleh dapatkan Takwim Penggal Persekolahan 2020 yang asal yang telah dipinda melalui sesawang https://www.moe.gov.my/takwim/takwim-persekolahan-pindaan-2020

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here