advertisement

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan tarikh baru bagi beberapa peperiksaan di bawah kendalian KPM disebabkan krisis COVID-19 yang menyebabkan Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan bermula 18 Mac 2020 yang lepas.

KPM telah mengeluarkan kenyataan media berkaitan tarikh baru bagi beberapa peperiksaan yang akan berlansung tidak lama lagi. Pindaan tarikh ini disebabkan silibus pembelajaran yang tidak sempat dihabiskan sebelum ini atau ianya berlaku selama mana berada di dalam arahan PKP ini.

Baca Juga : Biasiswa JPA 2020 Untuk Lepasan SPM

Pindaan tarikh baru ini termasuk bagi Kolej Matrikulasi, IPG, MUET dan peringkat sekolah. Bagi universiti awam lain, tunggu pengumuman daripada universiti masing-masing.

Pindaan Tarikh Baru Peperiksaan

tarikh baru

BilPeperiksaanTarikh AsalPindaan Tarikh
1Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) Kolej Matrikulasi Sesi 2019/202030 Mac – 6 April 20202 April – 4 Mei 2020
2Ujian Bertulis MUET Sesi 1/202028 Mac 20205 September 2020
3Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP)4 Mei – 11 Mei 20203 Jun – 12 Jun 2020
4Program Diploma Perguruan Malaysia (PDPM)4 – 6 April 202027 – 30 April 2020
5Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)4 – 21 Mei 20203 – 18 Jun 2020
6Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)4 – 21 Mei 20203 – 18 Jun 2020
7Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa22 Jun 2020Kekal
8Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) – Lisan2 – 30 Jun 2020Kekal
9Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) – Bertulis23 – 25 Jun 2020Kekal
10Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)1, 2, 3, 7 dan 8 September 2020Kekal
11Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) – Pentaksiran Pusat28 September – 6 Oktober 202028 – 29 September 2020 (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris)
12Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) – Bertulis21, 22, 26 – 28 Oktober 2020Kekal
13Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) – BertulisFasa 1: 5 – 14 Oktober 2020
Fasa 2: 2 – 19 November 2020
16 November – 7 Disember 2020
14Sijil Vokasional Malaysia (SVM) – Bahasa Melayu 1104 dan Sejarah 12512 – 3 November 202016 dan 25 November 2020
15Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) – Semester 2*6, 12, 13 dan 14 Mei 202018, 19, 23 dan 24 November 2020
16Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) – Ulangan 118, 19, 23 dan 24 November 202025, 26, 30 November dan 1 Disember 2020
17Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) – Semester 33, 4, 5, 9 dan 10 November 2020Kekal
18Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) – Ulangan**25, 26, 30 November dan 1 Disember 202015 – 18 Mac 2021

* Peperiksaan STPM Semester 2 dianjak dari bulan Mei ke bulan November untuk memberi peluang sekolah menguruskan sukatan semester 2 yang tertinggal
** Peperiksaan STPM Ulangan Semester 2 dianjak ke bulan Mac 2021

Sebarang pindaan jadual akan dimaklumkan oleh KPM. Untuk dapatkan edaran asal, boleh dapatkan disini

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan COVID-19 KPM di talian 03-8884 9383/ 03-8884 9325/ 03-8884 9401 dan 03-8888 6749

advertisement

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here