Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram
pinjaman pengajian tinggi kerajaan negeri perak

Anak Perak ini berita baik untuk anda, kini anda sudah boleh membuat permohonan Pinjaman Pengajian Tinggi Kerajaan Negeri Perak bagi sesi 2020/2021. Jadi jika anda penuhi syarat permohonan, anda boleh buat demikian seperti penerangan di bawah.

Baca Juga : Permohonan Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang 2020

Objektif utama pinjaman pengajian tinggi ini adalah untuk memberi kemudahan pinjaman pelajaran kepada Warganegara Malaysia khususnya anak Perak yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian ke institusi-institusi pengajian tinggi yang ditaja dan seterusnya menyumbang kepada kemajuan Negeri Perak .

Permohonan Pinjaman Pengajian Tinggi Kerajaaan Negeri Perak 2020

Permohonan ini telah dibuka bermula 1 Disember 2019 hingga 29 Februari 2020. Pinjaman Pengajian Tinggi ini adalah tanpa faedah dan ianya Pinjaman Boleh Ubah (Biasiswa) permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui pautan di bawah. Klik sahaja butang tersebut.

Syarat-Syarat Permohonan

  • Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak;
  • Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di luar Negeri Perak telah bermastautin di dalam Negeri Perak lebih daripada 10 tahun;
  • Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak telah bermastautin di dalam Negeri Perak lebih dari 10 tahun ;
  • Pemohon mestilah mengikuti kursus pengajian Sepenuh Masa;
  • Bagi pemohon yang sedang belajar hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya baki tiga (3) semester atau satu (1) setengah tahun tempoh pengajian (Tempoh Pengajian mengambil kira semester panjang sahaja pada masa pembayaran kali pertama diterima);
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 5,000.00;
pinjaman pengajian tinggi kerajaan negeri perak

Syarat Umur Pemohon Mengikut Program

ProgramSyarat Umur
DIPLOMATidak melebihi 26 tahun dan 41 tahun bagi yang berkhidmat dengan Kerajaan
IJAZAH / SARJANA MUDA
(DALAM NEGARA)
Tidak melebihi 36 tahun dan 41 tahun bagi yang berkhidmat dengan Kerajaan
IJAZAH / SARJANA MUDA (LUAR NEGARA – TAJAAN KEPADA PELAJAR DI MESIR DAN JORDAN SAHAJA)Tidak melebihi 36 tahun dan 40 tahun bagi yang berkhidmat dengan Kerajaan
IJAZAH SARJANA (MASTER) Tidak melebihi 36 tahun dan 40 tahun bagi yang berkhidmat dengan Kerajaan
IJAZAH KEDOKTORAN (PH.D) Tidak melebihi 36 tahun dan 40 tahun bagi yang berkhidmat dengan Kerajaan

Kadar Pinjaman Dan Bayaran Balik

  • Untuk ketahui kadar pinjaman anda boleh rujuk sini dan juga kadar bayaran balik
  • Bagi pelajar di peringkat Ijazah Sarjana Muda yang di anugerahkan dengan Ijazah Kelas Pertama oleh IPT, mereka layak memohon untuk pengecualian bayaran balik pinjaman. Walaubagaimanapun, pengecualian tertakluk kepada keputusan Lembaga Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian Tinggi Perak

Senarai Institusi Pengajian Tinggi dan Kursus Yang Ditaja

Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) :

  • Semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) – Semua jenis kursus yang ditawarkan oleh pihak IPTA

Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) :

  • Semua Intitusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang bertaraf Universiti dan Kolej Universiti dalam Negara – Semua jenis kursus yang ditawarkan oleh pihak IPTS yang diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA)
  • Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang bertaraf Institusi atau Kolej di dalam Negeri Perak sahaja – Semua jenis kursus yang ditawarkan oleh pihak IPTS yang diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA).

Institusi Pengajian Tinggi Luar Negara

  • Universiti di Mesir – (Bidang Perubatan & Ulum Syariah)
  • Universiti di Jordan – (Pengajian Islam sahaja)

Maklumat Lanjut

Jadi kepada anda yang berminat, anda sudah boleh membuat permohon. Jika ingin ketahui lebih lanjut berkaitan Pinjaman Pengajian Tinggi Kerajaan Negeri Perak 2020, anda boleh ikuti pautan di bawah

website : www.perak.gov.my atau spptp.perak.gov.my
email : unitpinjaman@perak.gov.my
Tel : 05-2095000 (Samb Unit Pinjaman)

Artikel Berkaitan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kongsikan kepada Yang lain

Jika anda dapati, artikel ini menarik, kongsikan dengan rakan dan pembaca lain