advertisement

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memberitahu dimana PT3 dan UPSR dibatalkan bagi tahun 2020. Keputusan ini dibuat sesulan krisis COVID-19 yang masih berlaku di negara ini.

Baca Juga : STPM Dan SPM Ditunda Disebabkan Krisis COVID-19

Katanya lagi, keputusan ini terpakai untuk semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM. Bagi sekolah yang tidak berdaftar pula, KPM menyarankan untuk turut mengikuti keputusan ini.

PT3 Dan UPSR Dibatalkan

Jadi untuk tahun 2020 ini, selepas PT3 dan UPSR dibatalkan, bagi pelajar tahun 6 akan diperkenalkan kaedah baru bagi kemasukan ke SBP, SMKA, MRSM dan MTD.

Bagi pelajar tingkatan 3 juga akan diperkenalkan kaedah baharu bagi kemasukan ke sekolah-sekolah khusus seperti sekolah berasrama penuh dan sekolah teknik.

Walaupun peperiksaan-peperiksaan ini dibatalkan, KPM terus komited bagi memastikan murid mendapat akses kepada pengajaran dan pembelajaran (PdP) sepanjang tempoh PKP ini.

Manakala untuk pembukaan sekolah pula, KPM akan mendapatkan nasihat daripada KKM dan MKN terlebih dahulu sebelum sekolah dibuka kelak.

advertisement

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here