advertisement
Jika anda lawati blog ini sebelum ini, admin saya ada kongsikan 1 entry yang berkaitan perkara-perkara yang bakal berubah di dalam sistem pendidikan Malaysia bagi tahun 2019. Daripada 7 usaha yang akan berlaku, salah satunya adalah Peperiksaan Tahap 1 bagi murid Tahun 1, 2 dan 3 akan di mansuhkan di ganti dengan pentaksiran alternatif.
Sebab-Sebab Kenapa Peperiksaan Bagi Pelajar Tahap 1 Di Mansuhkan
Baru-baru ini Menteri Pendidikan Dr. Maszlee ada kongsikan video kepada rakyat Malaysia melalui laman facebook rasmi beliau di mana video tersebut menerangkan 10 Sebab kenapa Peperiksaan Tahap 1 Dimansuhkan. Selari dengan pendekatan pendidikan ke arah “learning centered”, bukan lagi “exam oriented”.

10 Sebab Kenapa Peperiksaan Tahap 1 Di Mansuhkan

Sebab-Sebab Kenapa Peperiksaan Bagi Pelajar Tahap 1 Di Mansuhkan
Sebab-Sebab Kenapa Peperiksaan Bagi Pelajar Tahap 1 Di Mansuhkan
  1. Tiada lagi penilaian seragam untuk lebih fokus kepada kepelbagaian pontensi murid
  2. Guru boleh memberikan tumpuan penuh kepada tugas mendidik
  3. Murid bebas dari tekanan di awal usia persekolahan
  4. Guru dapat menyemai nilai-nilai murni dalam diri murid dengan prinsip Values are caught and taught
  5. Dapat membentuk karekter murid dengan kaedah Learning-Centered
  6. Dapat membina dan memperkukuh kemahiran 4M, 
    1. Membaca
    2. Menulis
    3. Mengira
    4. Menaakul (berfikir dan membuat pertimbangan secara logik)
  7. Dapat melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang terdiri daripada permainan, projek mudah, main peranan, bercerita dan kuiz
  8. Dapat mempertingkatkan bakat, minat, kemahiran dan sahsiah murid
  9. Guru diberi ruang untuk merancang aktiviti PBD
  10. Objektif pembelajaran berdasarkan standard yang ditentukan oleh guru mengikut keadaan dan keperluang murid

Pendidikan Untuk Semua

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here