advertisement

Melalui perkongsian daripada facebook rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memberitahu bahawa Pos Malaysia dengan kerjasama Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) telah melancarkan kerjasama strategik untuk menyediakan sudut bacaan, penjualan buku dan khidmat penterjemahan di kaunter Pos Malaysia seluruh negara.

Kerjasama julung kali ini mendapat reaksi positif Menteri Pendidikan, YB Dr. Maszlee Malik yang mahukan lebih banyak pihak swasta mengembleng tenaga bersama Kementerian Pendidikan Malaysia serta agensinya untuk merancakkan lagi kempen #MalaysiaMembaca.

Menurutnya, penyediaan sudut membaca di beberapa pejabat pos merupakan langkah terbaik untuk menggalakkan rakyat Malaysia membaca.

“Sebelum ini, tidak ada sesiapa pun terfikir pejabat pos boleh menjadi alternatif kepada peepustakaan dan kedai buku untuk mendapatkan bahan bacaan yang berkualiti.

“Bunyinya agak ironi, namun mungkin tidak mustahil sekiranya pejabat pos menjadi tempat anak-anak kita mengisi masa dengan membaca buku sementara ibu bapa berurusan di kaunter,” katanya dalam ucapan dalam Majlis Pelancaran Kerjasama Strategik ITBM-Pos Malaysia sempena #MalaysiaMembaca di Pejabat Pos Besar Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Dalam pada itu, YBrs Syed Md Najib berkata sebagai permulaan bahan terbitan dan khidmat penterjemahan ITBM boleh didapati secara berperingkat di 13 buah pejabat pos besar di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Kemudahan ini akan diperluaskan ke cawangan-cawangan kecil di setiap daerah dan kawasan pedalaman secara berperingkat.
 
pos malaysia jadi pusat sudut bacaan
 
pos malaysia jadi pusat sudut bacaan
 
pos malaysia jadi pusat sudut bacaan
advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here