advertisement

Pemakluman awal daripada Jabatan Pendidikan Negeri Pahang dimana, semua sekolah di Negeri Pahang akan bercuti pada 29 Julai 2019 iaitu pada hari Isnin.

Seperti yang dimaklumkan di ruangan facebook Menteri Besar Negeri Pahang, YAB Dato’ Sri Hj Wan Rosdy, telah memutuskan agar Hari Kelepasan Am bagi seluruh negeri Pahang ditetapkan selama dua hari pada 30 dan 31 Julai 2019 (Selasa & Rabu).

[Sudah Baca?] Cuti Sekolah Sempena Perayaan 2019

Ia adalah bersempena dengan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 30 Julai juga ialah Hari Pertabalan Baginda sebagai Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

negeri pahang

Pemakluman Cuti Berganti Bagi Semua Sekolah Di Negeri Pahang

Sukacita dimaklumkan bahawa 29 Julai 2019 (Isnin) ialah cuti berganti bagi semua sekolah di Negeri Pahang. Gantian hari persekolahan tersebut adalah pada 27 Julai 2019 (Sabtu).

Jadi warga pendidik dan juga pelajar sekolah khususnya di Negeri Pahang akan bercuti pada 29,30 dan 31 Julai 2019 bersamaan Isnin, Selasa dan Rabu.

negeri pahang

Sebarang pertanyaan yang berkaitan, hubungi Tuan Haji Che Wan Mohd Amil Bin Che Wan Sulaiman di talian 09-5715735

advertisement

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here