Bagi pelajar yang memohona biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) 2019 pada Mac yang lepas, kini anda sudah boleh mula membuat semakan calon layak bagi menghadiri Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG).
Permohonan biasiswa Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) ini telah dibuka selama sebulan iaitu bermula pada 1 Mac sehingga 30 Mac 2019 yang lepas. Ianya terbuka kepada pelajar tahun pertama yang beradai di Fakulti Pendidikan di Universiti Awam.
Isi kandungan
Tarikh Semakan Calon Layak Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP)
Calon Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Tahun 2019 boleh membuat semakan terhadap panggilan Ujian Kecergasan Calon Guru (UKCG) mulai 3 Jun 2019 (Isnin), jam 12.00 tengah hari sehingga 26 Jun 2019 (Rabu), jam 12.00 tengah hari.
Cara Membuat Semakan
Bagi calon yang layak, anda boleh membuat semakan di pautan di bawah
Maklumat Penting
Calon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan kehadiran dan memuat turun surat serta dokumen yang berkaitan
Sebelum menghadiri ujian, calon adalah diingatkan supaya mengambil perhatian terhadap perkara berikut:
- Membaca dan memahami dokumen ‘Peraturan Menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)’;
- Mencetak dan membawa bersama sesalinan surat panggilan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG);
- Membawa bersama sesalinan SURAT AKUAN CALON yang diisi dengan lengkap;
- Mematuhi kod pakaian yang ditetapkan;
- Menghadiri ujian pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan;dan
- Membawa bersama semua borang dan dokumen sokongan yang ditetapkan.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
CAWANGAN PENAWARAN, BAHAGIAN BIASISWA & PEMBIAYAAN
Aras 2, No. 2, Menara 2
Jalan P5/6, Presint 5
62200 Putrajaya
Emel : unitpenawaran@moe.gov.my
No Fax : 03-8870 6839