advertisement

Semakan Kad Siswa BPPT 2019 boleh mula disemak bagi mengetahui status adakah anda layak untuk terima atau tidak selepas diumumkan oleh Menteri Kewangan Malaysia sebelum ini.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan meneruskan pemberian Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) pada tahun 2019. Bantuan tersebut akan disalurkan menggunakan mekanisme sedia ada iaitu melalui Kad Diskaun Siswa daripada Bank Rakyat. Bantuan ini dijangka memanfaatkan 1.2 juta pelajar dan akan melibatkan peruntukan sebanyak RM120 Juta. Yang pastinya, pemberian BPPT 2019 adalah bertujuan untuk meringankan beban kewangan pelajar.

Cara Membuat Semakan Kad Siswa Yang Telah Dimohon Dan Bagi Permohonan

  1. Bantuan akan disalurkan kepada yang layak mulai 28 Mac 2019 secara berperingkat. Setiap pelajar yang layak akan menerima BPPT berjumlah RM100.
  2. Pelajar boleh membuat semakan status kelayakan dan mengisi borang permohonan secara atas talian di portal Bank Rakyat atau di pautan http://www.bankrakyat.com.my/bppt mengikut tarikh seperti berikut:
semakan kad siswa

*Sekiranya pelajar memenuhi kriteria kelayakan menerima BPPT 2019 tetapi semakan menunjukkan status “TIADA REKOD”

Pelajar diminta menghubungi dan memaklumkan kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar di institusi masing-masing untuk mengemaskini data di MyMohes (Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti) / e-IPTS (IPT swasta) / penyelaras agensi bermula 28 Mac 2019 sehingga selewatlewatnya pada 28 April 2019.

3. Pelajar yang telah membuat permohonan boleh mengambil Kad Diskaun Siswa Bank Rakyat di mana-mana cawangan Bank Rakyat selepas semakan status bertukar kepada “BPPT TELAH DIKREDITKAN KE AKAUN SIMPANAN-i BANK RAKYAT ANDA”

Kriteria Kelayakan

Pelajar yang layak menerima BPPT 2019 ini mestilah memenuhi kriteria seperti berikut :

  1. Warganegara Malaysia; dan
  2. Berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa atau separuh masa pada tarikh 31 Disember 2018 di institusi pendidikan di Malaysia seperti berikut:
    1. Tingkatan 6, Senior Middle 3, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Diploma Kolej Vokasional , Matrikulasi, Pengajian Asas (Foundation), Asasi, A-Level, International Baccalaureate Diploma, Australian Matriculation (AUSMAT) Diploma, Diploma Lanjutan, Sarjana Muda dan setaraf, Sarjana dan setaraf, Doktor Falsafah dan setaraf, serta kursus profesional yang bertaraf diploma dan ke atas yang diiktiraf oleh Kerajaan atau badan-badan profesional di Malaysia;
    2. IPT di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau IPT yang telah berdaftar di bawah akta-akta yang berkuatkuasa; atau
    3. Mendapat pertimbangan daripada YB Menteri Pendidikan berdasarkan kriteria / syarat kelayakan seperti di atas

Faedah Penggunaan BPPT 2019 Melalui Kad Diskaun Siswa Bank Rakyat

Pelajar boleh menikmati pelbagai diskaun sekiranya menggunakan kad tersebut di premis rakan dagang yang berkaitan. Senarai rakan dagang KPDNHEP boleh disemak melalui pautan http://kadsiswa.infopengguna.com

advertisement

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here