advertisement

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan tarikh semakan kemasukan ke tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di laman facebook mereka baru-baru ini. Jadi kepada pelajar yang telah memohon, sila cakna akan hal ini.

Baca Juga : Semakan Keputusan Ke MRSM Tingkatan 1 2020

Permohonan kemasukan ke SBP ini telah pun dibuka pada Ogos hingga September 2019 yang lepas. Ketika itu, permohonan bagi tingkatan 1 dan tingkatan 4 telah dibuat. Tetapi untuk kali ini, hanya semakan tingkatan 1 sahaja dibuka terlebih dahulu kerana keputusan PT3 masih lagi belum keluar ketika informasi ini ditulis.

sekolah berasrama penuh
Semakan Sekolah Berasrama Penuh (SBP)

Semakan Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Bagi Tingkatan 1

Bagi kepada mereka yang telah memohon sebelum ini bagi kemasukan Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh (SBP), anda boleh mula membuat semakan bermula 18 Disember 2019 hingga 7 Januari 2020. Untuk membuat semakan, anda boleh klik di pautan di bawah :

Jadi kepada adik-adik yang telah memohon, semoga berjaya dalam permohonan ini. Semoga juga adik-adik dapat belajar di sekolah yang lebih baik di masa akan datang.

advertisement

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here