advertisement

Kini anda boleh membuat semakan keputusan ke MRSM bagi tingkatan 1 untuk kemasukan 2020. Jika sebelum ini, anda pernah permohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) pada September hingga November 2019 yang lalu

Artikel Berkaitan : Permohonan MRSM Tahun 2020 Kini Dibuka

Pihak MARA telah membuka permohonan bagi kemasukan ke Maktab bagi tingkatan 1 dan 4 untuk tahun 2020, tetapi untuk semakan kali ini, hanya tingkatan 1 dahulu diberikan jawapan. Ianya kerana keputusan UPSR telahpun diumum lebih awal berbanding keputusan PT3.

keputusan ke mrsm

Semakan Keputusan Ke MRSM 2020

Jadi kepada murid-murid lepasan UPSR sebelum ini atau ibubapa, anda sudah boleh mula membuat semakan keputusan ke MRSM bagi Tingkatan 1 bermula sekarang. Anda boleh buat semakan di pautan di bawah

Anda hanya perlu masukkan No Kad Pengenalan pemohon kedalam ruang yang disediakan. Juga akan ditampirkan di sekolah mana mereka akan masuk ketika sesi persekolahan 2020 yang akan dibuka kelak. Tahniah kepada semua pelajar yang berjaya dan yang tidak berjaya usahlah kecewa. Mungkin disitu bukan rezeki anda, tetapi ditempat lain. Insya Allah pasti ada yang lebih baik untuk adik-adik yang lain.

advertisement

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here