Kepada pelajar lepasan SPM yang sudah memohon Tajaan JPA pada bulan Mei yang lepas, anda kini boleh boleh buat semakan keputusan Tajaan JPA Tahun 2020.
Program Tajaan JPA ini telah dibuka pada bulan Mei yang lepas dan ketika itu sudah ada 3 program permohonan yang disenaraikan oleh pihak JPA iaitu Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara Tahun 2020, Program Penajaan Nasional Tahun 2020 dan Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman Tahun 2020.
Sila Buat Semakan Keputusan Tajaan JPA Anda Disini
Jadi jika anda sudah memohon daripada mana-mana program yang disenaraikan di atas, anda boleh mula buat semakan pada 23 Jun 2020 (Selasa) bermula 5 petang mengikut pautan yang ditetapkan dibawah
Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara | Klik Sini |
Program Penajaan Nasional | Klik Sini |
Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman | Klik Sini |
Jadi diharap, kepada semua pemohon mendapat jawapan yang terbaik untuk diri khususnya bagi lepasan SPM. Jika tiada rezeki, mungkin ada banyak lagi tajaan dan biasiswa pendidikan yang anda boleh mohon dan disediakan.
BACA : Senarai Bantuan Pendidikan Sekolah Dan Universiti Untuk Tahun 2020
Selamat maju jaya kepada semua pemohon atas keputusan Tajaan JPA ini.
[…] Semakan Keputusan Tajaan JPA Tahun 2020 […]
Saya baru tahu ada dermasiswa untuk b40 tp dari tamat tempoh permohonan.Anak saya dapat 6A dlm SPM.Bole tak pihak tuan bagi kelonggaran.
saya tidak mewakili pihak JPA. Kalau puan ingin tahu maklumat lanjut, boleh terus hubungi pihak JPA sendiri https://esilav2.jpa.gov.my/
Tarikh semakan rayuan bila??adakah sudah diberitahu??
belum lagi. Nanti pihak JPA akan umumkan bila tarikh rayuan akan dikeluarkan.