advertisement

Bagi yang telah melepasi ujian MEDSI sebelum ini, anda boleh buat semakan panggila temu duga bagi program Pendidikan dan Bukan Pendidikan lepasan STPM bagi ambilan UPSI.

Sebelum menghadapi temu duga, para pelajar perlu melalui ujian MEdSI bagi memasuki Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sama ada bagi program pendidikan atau bukan pendidikan. Proses ini telah pun berlansung pada 18 Mei 2020 yang lepas.

BACA : Semakan Keputusan UPUOnline Bagi Lepasan SPM Sesi Akademik 2020/2021

Semakan Panggilan Temu Duga Di UPSI

semakan panggilan temu duga

Semakan panggilan menduduki temu duga dan ujian khas bagi program Sarjana Muda Sesi Akademik 2020/2021 boleh dilakukan pada 22 Jun 2020 (Isnin) selepas jam 5 petang dipautan dibawah

Pastinya ia merupakan hari yang mendebarkan kepada semua calon bila petang ini keputusan ujian MEDSI boleh disemak bagi melalui perinkat seterusnya iaitu proses temu duga.

Kepada yang berjaya pada rintangan pertama, akan tetapi semua yang layak ini akan bersaing untuk melepasi rintangan yang kedua pula sama ada temu duga bersemuka atau online atau dikehendaki menyelesaikan penghantaran video resume diri dan roleplay pengajaran.

Disebabkan tempat adalah terhad, anda akan terus bersaing di peringkat temu duga pula bagi melayakkan anda menjadi guru. Pastikan anda lebih berketrampilan, mempunyai pengetahuan dan keyakinan diri, bijak berkomunikasi, memiliki daya tahan daripada peserta lain.

Semoga anda peroleh kejaan ketika membuat semakan panggila temu duga ini. All the best!

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here