Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram
pemenang anugerah guru adiwira

PAK21 atau Pembelajaran Abad Ke-21 merupakan salah satu proses pembelajaran yang dikhaskan dan berpusatkan kepada murid. Pada 2014 ianya diperkenalkan dengan menerapkan beberapa elemen penting seperti komunikias, kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika. Ini merupakan standard asas dalam PAK21.

Jadi pada 4 April 2019 telah berlangsung acara Malam Anugerah Adiwira PAK21 bagi menghargai setiap jasa guru yang menerapkan proses pembelajaran PAK21 ini disekolah mereka. Acara tersebut telah di adakan di The Chamber Ballrom, Dashbox, Cyberjaya. Pada malam itu juga, disiarkan secara langsung menerusi Facebook Live di Facebook Rasmi PADU yang menerima hit sehingga 24 ribu viewers. Tahniah!

Acara tersebut telah dihadiri oleh Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik sekali gus menjadi penyampai hadiah kepada kesemua yang menerima anugerah. Kempen penamanaa calon bagi penerima anugerah ini telah bermula pada 20 Disember 2018 sehingga 31 Januari 2019 dan telah menerima  lebih 1000 penyertaan daripada seluruh guru yang berdaftar di bawah KPM sebelum 10 finalis dipilih bagi anugerah malam tersebut

Jom kita lihat siapakan 3 pemenang yang menerima Anugerah Guru Adiwira PAK21

Tempat Pertama

Cikgu Muhammad Nazmi Rosli telah dinobatkan pemenang pertama yang merupakan Guru Bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan Long Sukang, Lawas, Sarawak. Pemenang sekali gus membawa pulang wang tunai RM2000 dan seunit telefon pintar dan trofi.

Senarai Pemenang Anugerah Guru Adiwira PAK21
Cikgu Muhammad Nazmi Rosli

Tempat Kedua

Dimenangi oleh Cikgu Norhailmi Abdul Mutalib yang merupakan Guru Sains di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerlun, Kedah sekali gus membawa pulang wang tunai RM1500 dan seunit telefon pintar dan trofi

Senarai Pemenang Anugerah Guru Adiwira PAK21
Cikgu Norhailmi Abdul Mutalib

Tempat Ketiga

Tempat ketiga dimenangi oleh Cikgu Emira Nabila Ramli yang mengajar Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Gudang, Johor dan membawa pulang RM1000 dan sebuah telefon pintar beserta trofi

Senarai Pemenang Anugerah Guru Adiwira PAK21
Cikgu Emira Nabila Ramli

Tahniah kepada semua calon anugerah dan juga 3 pemenang Anugerah Guru Adiwira PAK21. Moga ini menjadi perangsang semangat kepada semua guru-guru dan golongan pendidik menerapkan proses PAK21 di sekolah masing-masing yang pastinya memberi kebaikkan kepada pelajar khususnya. Teruskan mendidik wahai Para Cikgu!

sumber: PADU (Unit Perlaksanaan dan Prestasi Pendidikan)

Artikel Berkaitan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kongsikan kepada Yang lain

Jika anda dapati, artikel ini menarik, kongsikan dengan rakan dan pembaca lain