advertisement

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) antara peperiksaan terpenting di dalam sistem pendidikan di Malaysia. Sekurang-kurangnya jika anda rakyat Malaysia, cuba dapatkan sijil daripada SPM ini.

Pada minggu yang lalu, Penilaian Tingkatan 3 (PT3) telah pun tamat bagi semua tingkatan 3. Kini giliran murid Tingkatan 5 pula akan menduduki peperiksaan iaitu Sijil Pelajarang Malaysia (SPM).

spm

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Akan Bermula

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2019 akan berlangsung seperti berikut :

Fasa 1 : 14 Oktober 2019 – 17 Oktober 2019
Fasa 2 : 5 November 2019 – 28 November 2019

Baca Juga : Biasiswa Dan Pinjaman Yayasan TNB

Seramai 416,416 orang calon telah mendaftar untuk mendudukan SPM pada tahun ini di 3313 pusat peperiksaan yang akan dibuka seluruh negara pada Isnin ini.

Butiran calon adalah seperti dibawah :

Jenis CalonJumlah Calon
Calon Sekolah Kerajaan, Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan357,010
Calon Sekolah di bawah Agensi Kerajaan selain KPM8320
Calon Sekolah Menengah Agama Negeri8317
Calon Sekolah Menengah Agama Rakyat2209
Calon Sekolah Swasta yang berdaftar dengan KPM14203
Calon Persendirian26357
Jumlah Besar416416

Jadual Peperiksaan SPM

Jadual waktu peperiksaan boleh dimuat turun daripada laman web Lembaga Peperiksaan di pautan di bawah:

Calon diingatkan supaya membawa Dokumen Pengenalan Diri (MyKad atau Borang Pengenalan Diri Calon atau Surat Perakuan Pengenalan Diri) ke pusat peperiksaan bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan dengan lancar.

Disini, admin pendidikan4all mendoakan kejayaan bagi semua calon peperiksaan SPM dari mula periksa sehingga habis. Buatlah ibu ayah anda berbangga dengan anda. All the Best!

advertisement

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here