Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Pada sesi Town Hall Lan Berambeh Anak Sarawak 2018 yang lepas iaitu bersama YAB Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg, pelajar-pelajar Sarawak dari IPT telah momohan subsidi bagi tiket kapal terbang untuk pulang ke Sarawak semasa musim perayaan.
Objektif utama sudah tentu bertujuan untuk membantu meringankan beban para pelajar Sarawak yang ingin pulang ke kampung semasa musim cuti.
subsidi tiket penerbangan pulang ke sarawak untuk pelajar
Jadi dengan permohonan yang dibuat, YAB Ketua Menteri telah meluluskan inisiatif tersebut bagi meringankan beban pelajar-pelajar Sarawak untuk membeli tiket penerbangan pulang bermula dari musim perayaan Tahun Baru Cina 2019 yang lepas.
Dengan itu, YAB Ketua Menteri Sarawak telah bersetuju untuk memberi subsidi tiket kapal terbang sebanyak RM300 kepada para pelajar IPTA/IPTS Sarawak yang menuntut di IPT yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan

Syarat-syarat permohonan yang disediakan seperti berikut:

  1. Bantuan ini hanya terbuka kepada anak Sarawak yang berumur 18 tahun ke atas dan belajar secara sepenuh masa di IPTA?IPTS berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia sahaja
  2. Nilai subsidi adalah sebanyak RM300 seorang untuk satu perjalanan dari Semenanjung Malaysia, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan ke Sarawak
  3. Seorang pemohon hanya boleh memohon sebanyak dua (2) kali sahaja setahun
  4. Tempoh penerbangan adalah dari 1 Januari 2019 sehingga 31 Disember 2019
  5. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar dalam tempoh 60 hari dari tarikh penerbangan.
  6. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen berikut:
    1. Borang permohonan yang lengkap diisi
    2. Salinan kad pengenalan pemohon
    3. Surat pengesahan pelajar sepenuh masa yang terkini dari IPT pemohon
    4. Salinan Pas Masuk (Boarding Pass) dan tiket penerbangan sebagai bukti perjalanan
  7. Sebarang permohonan yang lewat dan tidak lengkap tidak akan dilayan.
  8. Permohonan hendaklah dimajukan kepada sarawak volunteers di pautan berikut https://bit.ly/2HIULE6
  9. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada: 01133221107 (8.30 pagi – 4.30 petang, isnin – jumaat) atau melalui emel sarawakvolunteers@gmail.com 
  10. Setiap permohonan adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan.
  11. Pihak sarawak volunteers berhak untuk mengubah terma dan syarat tanpa perlu memberi notis awal.
Inisaitif yang amat baik dan berguna kepada pelajar Sarawak ini membuktikan YAB Ketua Menteri amat perihatin dengan keperluan anak-anak Sarawak terutamnya bagi golongan pelajar yang menuntut di Sarawak. Mungkin inisiatif ini patut dicontohi oleh negeri-negeri lain juga yang pastinya akan memberi impak positif kepada para pelajar yang merantau jauh bagi ingin pulang ke kampung halaman.

Pendidikan Untuk Semua

Artikel Berkaitan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kongsikan kepada Yang lain

Jika anda dapati, artikel ini menarik, kongsikan dengan rakan dan pembaca lain