advertisement

Admin pendidikan4all disini ingin mengucapkan tahniah kepada semua calon Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang telah memperoleh keputusan yang terbaik sebentar tadi. Diharap segala keputusan yang diperoleh diterima dengan redha atas segala usaha yang telah dibuat sebelum ini.

Dengan berita keputusan ini, kini #PT32019 trending di Twitter dimana mereka rata-rata calon PT3 meluahkan perasaanya di media sosial. Ada yang gembira, ada yang sedih, ada yang redha dan sebagainya. Yang paling penting jaga kata-kata yang disampaikan di dunia maya ini. Jaga nama baik diri, keluarga dan masyarakat.

Baca Juga : Semak Keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA, UPKK 2019

Walaupun katanya pada PT3 yang lepas telah berlaku beberapa isu, tetapi mereka tetapi redha dengan keputusan yang diperoleh. Antara isu yang berbangkit ketika itu adalah :

  • Kertas 1 dan 2 Bahasa Melayu ditangguhkan daripada 30 September kepada 9 Oktober 2019
  • Viral dimana katanya kertas Bahasa Inggeris bocor dan tersebar di Whatsapp
  • Tangguh pengumuman keputusan PT3 daripada 12 hingga 19 Disember 2019.
  • Katanya lagi, ada perubahan set soalan bagi minggu ke 2 PT3 (wallahualam)

Dengan isu yang berbangkit ini, mungkin sedikit sebanyak merencatkan ‘hype’ peperiksaan ketika itu. Tapi ianya sudah berakhir pun. Kini pelajar tingkatan 3 khususnya telah menerima keputusan dengan tangan yang terbuka.

Semoga berjaya kepada semua calon PT3 untuk naik ke tingkatan 4 pada tahun 2020. Sekarang fokus untuk SPM pula. Yang pasti, ianya lebih penting daripada PT3.

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here