advertisement

Pada 13 Februari 2019 yang lepas, pihak Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) baru sahaja mengumumkan keputusan STPM bagi Semeseter 3 2018. Seterusnya pada 20 Februari dan 27 Februari ini pihak MPM sekali lagi akan mengumumkan bagi keputusan STPM Ulangan 1 dan Ulangan 2 serta keputusan STPM Semester 1 2019 
Tarikh Semak Semula Keputusan STPM 2018/2019
Sejurus pengumuman keputusan STPM Semester 3 baru-baru ini, pihak MPM sekali lagi mengeluarkan tarikh penting iaitu tarikh-tarikh bagi Permohonan Semak Semula Keputusan STPM bagi Semester 3 Tahun 2018 dan juga Semester 1 Tahun 2019 secara online.

Tarikh Permohonan Semak Semula Keputusan STPM

Bagi Semester 3 STPM 2018
Tarikh permohonan : 13 Februari – 19 Februari 2019
Permohonan online di : http://webmpm1.mpm.edu.my/stpm_ssp3/
Bagi Semester 1 STPM 2019
Tarikh permohonan : 27 Februari – 5 Mac 2019
Permohonan online di : http://webmpm1.mpm.edu.my/stpm_ssp1/

Bayaran Semak Semula Setiap Kertas

1 Kertas – RM50

2 Kertas – RM100

3 Kertas – RM150

4 Kertas – RM200

5 Kertas – RM250

Pembelian No. PIN MEC Untuk Tujuan Permohonan Semak Semula Keputusan STPM

  1. Permohonan semak semula ini menggunakan No. PIN MEC yang di boleh dibuat di Bank Simpanan Nasional atau secara atas talian sahaja. Klik link berikut untuk pembelian secara atas talian PEMBELIAN PIN SEMAK SEMULA
  2. Setiap calon hanya boleh menggunakan satu No. PIN MEC sahaja bagi membuat pemohonan melalui sistem ini. Penggunaan No. PIN MEC kedua walaupun telah dibeli dari BSN atau ATAS TALIAN bagi tujuan penambahan kertas yang hendak didaftarkan tidak akan diterima oleh sistem.
Pendidikan Untuk Semua

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here