advertisement

Program ini merupakan salah satu agenda Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mencapai matlamat Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dan menghasilkan saintis-saintis muda yang berani menyahut cabaran serta menghasilkan cendekiawan yang bertaraf dunia dan akhirnya diiktiraf sebagai Nobel Laureate.

Biasiswa MyBrainSc terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang sedang atau akan mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama dan Pasca Ijazah (Ijazah Sarjana, PhD) secara sepenuh masa dalam bidang sains tulen iaitu Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik di Universiti Awam (UA), Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan universiti terkemuka luar negara. 
Tawaran Biasiswa MyBrainSc KPM Tahun 2019 Telah Di Buka
Justeru itu, KPM telah membuka tawaran permohonan Biasiswa MyBrainSc KPM bagi tahun 2019 iaitu bermula pada 25 Januari sehingga 10 Februari 2019. Anda boleh layari portal rasmi di biasiswa.moe.gov.my/MyBrainSc

Syarat-Syarat Permohonan

  1. Permohonan dibuka mulai pada 25 Januari 2019 Jam 4 Petang sehingga 10 Februari 2019 Jam 11.59 Malam.
  2. Permohonan perlu dibuat secara dalam talian sepenuhnya dengan klik menu LOG MASUK, dan mendaftar sebagai pengguna sistem. Permohonan secara manual tidak akan diproses.
  3. Pemohon hendaklah memastikan rancangan penyelidikan (proposal) telah dipersetujui dan disahkan oleh penyelia/bakal penyelia bagi peringkat pengajian Sarjana dan PhD.
  4. Pemohon hendaklah bebas daripada senarai hitam Pinjaman Tabung Pelajaran Tinggi Negara (PTPTN) atau Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP).
  5. Semua dokumen sokongan yang disertakan perlu diimbas (scan) dari dokumen asal dan disimpan dalam format imej (JPEG) atau PDF dan perlu dimuatnaik (upload) dalam sistem permohonan atas talian ini. Dokumen yang diambil (capture) menggunakan kamera tidak akan diterima.
  6. Jika tiada dokumen asal, pelajar boleh mengimbas dari dokumen salinan photostat tetapi dokumen tersebut perlu diakui sah oleh pegawai Kerajaan / badan berkanun dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 dan ke atas) / Penggawa / Ketua Kampung / Ketua Masyarakat.

Kaedah Pemilihan

  • Ujian saringan bagi mengenalpasti kecenderungan dalam bidang sains tulen; dan
  • Penilaian oleh panel penilai penemuduga yang dilantik.
Maklumat lanjut sila hubungi:

Bahagian Biasiswa Dan Pembiayaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 2, No 2, Jalan P5/6, Presint 5, 62200 Putrajaya
Di talian : 03-88881616

Pendidikan Untuk Semua

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here