advertisement

Yayasan Terengganu (YT) ditubuhkan pada 1 Mei 1972 untuk membantu kerajaan memajukan industri Pendidikan di negeri ini sebagai wahana utama membangun modal insan. Tujuan penubuhan ini termaktub dalam Enakmen sebagai usaha untuk meningkat, memaju dan memperkembangkan peluang-peluang dan kemajuan-kemajuan pelajar rakyat negeri ini.

Hasrat penubuhan ini diterjemahkan kepada fungsi berikut:-

  • Menaja pelajar di institusi pengajian dan latihan kemahiran;
  • Membantu pelajar di peringkat persekolahan;
  • Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan serta latihan; dan
  • Menyelaras segala bentuk bantuan pelajaran kepada pelajar-pelajar Terengganu di semua peringkat pengajian.

Sejurus dengan hasrat penubuhan, kini pihak YT telah membuat tawaran kepada pelajar yang layak bagi menerima bantuan Biasiswa pelajaran. Kali ini merupakan Tawaran Biasiswa Peringkat Sarjana dan PhD bagi sesi 2019.

Tarikh Permohonan

Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) mulai 11 April 2019 sehingga 30 Mei 2019 dengan klik di bahagian bawah

Borang permohonan yang telah lengkap di isi hendaklah dicetak dan dihantar ke Pejabat Yayasan Terengganu (Bahagian Tajaan & Transformasi Pendidikan) beserta dengan semua salinan dokumen yang diperlukan dan disahkan

Bidang Yang Ditawarkan 

  • Sains
  • Kejuruteraan
  • Perakaunan
  • Undang-Undang
  • Ekonomi/Sains Sosial

Syarat-Syarat Permohonan Biasiswa

Syarat Umum

  • Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat Negeri Terengganu di mana salah seorang ibu atau bapa pemohon berkenaan lahir di Negeri Terengganu
  • Pemohon dan/atau ibu/bapa bukan rakyat Terengganu tetapi bermastautin selama 10 tahun atau lebih juga boleh memohon dengan menyertakan Sijil Kerakyatan atau surat akuan bermastautin.
  • Ibu/bapa dan/atau pemohon mestilah mendaftar sebagai pemilih/pengundi di Negeri Terengganu
  • Keutamaan kepada pemohon dari keluarga berpendapatan rendah (B40)

Syarat Khusus

Program Sarjana (Master)

  • Lulus Ijazah Sarjana Muda dari universiti-universiti dan kursus yang diiktiraf (dalam dan luar negara) dengan mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.50 atau setaraf
  • Telah mendapat tempat/penawaran dari Universiti Dalam Negera
  • Berumur tidak melebihi 28 tahun semasa memohon

Program Doktor Falsafah (PhD)

  • Lulus Ijazah Sarjana (Master) dari universiti-universiti dan kursus yang diiktiraf (dalam dan luar negara)
  • Telah mendapat tempat/penawaran dari Universiti Dalam Negara
  • Pengajian Sepenuh Masa & Tidak bekerja
  • Berumur tidak melebihi 32 tahun semasa memohon

Keputusan Tawaran

Penawaran biasiswa/pinjaman kepada pemohon yang berjaya akan dipertimbangankan berdasarkan kouta, merit, lulus temuduga dan kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Tajaan & Transformasi Pendidikan dan Pembangungan Pendidikan Yayasan Terengganu

Untuk tawaran-tawaran lain, anda boleh rujuk laman web rasmi Yayasan Terengganu
www.yt.org.my

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here