advertisement

Biasiswa Petronas ditawarkan kepada pelajar lepasan SPM yang mempunyai keputusan yang baik dan cemerlang sekali gus dapat berkecimpung di dalam skop ruang pembelajaran yang berkaitan dengan pekerjaan Petronas itu sendiri.

Baca Juga : Senarai Bantuan Pendidikan Sekolah Dan Universiti Untuk Tahun 2020

Umum ketahui, jika berkaitan dengan Petronas pastinya ia sinonim dengan industri minyak dan gas. Jika anda berpeluang untuk dapatkan biasiswa Petronas ini, pastinya peluang yang cerah untuk anda bekerja bersama pasukan mereka jika sudah tamat pembelajaran kelak. Jangan lepaskan peluang keemasan ini.

Permohonan Biasiswa Petronas Tahun 2020

biasiswa petronas

Pelajar-pelajar boleh memohon Biasiswa Petronas atau namanya PETRONAS Education Sponsorship Programme ini bermula pada 5 Mac hingga 11 Mac 2020 jam 5 petang. Pelajar boleh memohon secara online sahaja dengan klik pautan yang disediakan di bawah ini

Calon-calon yang layak akan disenarai pendek dan akan melalui proses temu diga sebelum pemilihan akhir bagi menerima Biasiswa Petronas ini.

Senarai Program Yang Ditawarkan

Antara program yang ditawarkan melalui PETRONAS Education Sponsorship Programme adalah seperti berikut :

  • Accounting
  • Actuarial Science
  • Applied Chemistry
  • Chemical Engineering
  • Computer Science
  • Economics
  • Electrical & Electronic Engineering
  • Geology / Geophysics
  • Law
  • Material Engineering / Material Science
  • Mathematics
  • Mechanical Engineering
  • Petroleum Engineering
  • Petroleum Geoscience
  • Psychology
  • Sociology
  • Software Engineering
  • Statistics

Jika anda mana-mana program yang anda rasa anda berminat, anda boleh cuba memohon Biasiswa Petronas ini bagi menyambung pelajaran anda diperingkat yang lebih tinggi. Untuk maklumat lanjut, lawati laman web https://educationsponsorship.petronas.com.my

advertisement

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here