advertisement

Program Knowledge Is Free merupakan tawaran biasiswa yang dilancarkan oleh sebuah badan digelar ProjectEd dengan wawasan dan tujuan yang besar.

Mereka mengeluarkan idea ini adalah untuk memperkasakan dan membantu pelajar yang kurang bernasib baik bagi meneruskan dan merialisasikan impian bagi melanjutkan pelajaran mereka.

Program Knowledge Is Free

Program ini merupakan satu-satunya di dan yang pertama di Malaysia yang dipimpin oleh pelajar bagi mengeluarkan dana biasiswa kepada golongan yang kurang bernasib baik

Pelajar-pelajar ini akan menyumbang RM45 sebulan daripada elaun peribadi mereka untuk disumbangkan kepada dana biasiswa ini. Mereka bercita-cita untuk menyumbang kembali kepada pendidikan Malaysia.

ProjectEd kini sedang giat mencari pelajar yang sangat berpotensi dari latar belakang yang kurang bernasib (dengan jumlah pendapatan isi rumah kurang daripada RM 5000) yang menginginkan kejayaan di dalam pendidikan.

[Sudah Baca?] Permohonan Rayuan UPUOnline Lepasan STPM/Setaraf 2019

Permohonan Biasiswa Program Knowledge Is Free

Kepada calon yang ingin memohon di bawah Program Knowledge Is Free ini, anda boleh membuat permohonan bermula 1 Julai 2019 hingga 8 Ogos 2019 (11.59 pm) di pautan di bawah

Mereka akan memperuntukan RM 4500 bagi setiap pelajar yang layak

Bidang Pengajian Yang Layak Memohon

Secara asasnya, mereka mengalu-alukan kepada semua calon tidak kira latar belakang akademik kerana mereka percaya semua orang berhak untuk mendapat peluang biasiswa ini.

Sebagai contoh dibawah, ia merupakan contoh kursus daripada pelajar yang pernah memohon bagi mendapatkan biasiswa Program Knowledge Is Free ini.

Program Yang Ditawarkan

Program biasiswa ini dibuka kepada peringkat Foundation dan juga Ijazah Sarjana Muda

Peringkat Foundation

  • Telah mendapat tawaran kemasukan untuk melanjutkan pengajian (tawaran bersyarat boleh dipertimbangkan) atau kini dalam program Yayasan di mana-mana universiti awam tempatan yang diluluskan oleh ProjectEd.
  • Mendapat sekurang-kurangnya 5A (gabungan A +, A dan A-) dalam peperiksaan SPM baru-baru ini atau sekurang-kurangnya 5A dalam IGCSE baru-baru ini.
  • Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke bawah pada tarikh pendaftaran bagi program Foundation

Peringkat Ijazah Sarjana Muda

  • Telah mendapat tawaran kemasukan untuk melanjutkan pengajian (tawaran bersyarat boleh dipertimbangkan) atau kini dalam mana-mana program Sarjana Muda dalam mana-mana universiti awam tempatan yang diluluskan oleh ProjectEd.
  • Mendapat sekurang-kurangnya 2A untuk STPM; atau 2A untuk Program A-Level GCE; atau PNGK 3.00 / 4.00 untuk Program Pra-universiti atau Diploma atau Yayasan atau Matrikulasi; atau 30 mata untuk Program Diploma Baccalaureate Antarabangsa (IB) dan sekurang-kurangnya 3.00 / 4.00 bagi mereka yang kini berada dalam mana-mana tahun Program Sarjana Muda di mana-mana universiti awam tempatan yang diluluskan oleh ProjectEd.
  • Warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun ke bawah pada tarikh pendaftaran untuk Program Ijazah Sarjana Muda.

Kursus Perniagaan

tetapi tidak terhad kepada:

  • Finance
  • Accountancy
  • Economics
  • International Business
  • Mass Communication
  • Actuarial Sciences dan sebagainya

Kursus Engineering

tetapi tidak terhad kepada:

  • Mechanical Engineering
  • Electrical Engineering
  • Civil Engineering
  • Chemical Engineering
  • Aerospace Engineering dan sebagainya

Sains Kehidupan

tetapi tidak terhad kepada:

  • Biotechnology
  • Biomedical Science
  • Biochemistry
  • Biophysics
  • Medicine
  • Dentistry
  • Veterinary Medicine
  • Anatomy dan sebagainya

Sains Sosial

tetapi tidak terhad kepada:

  • Psychology
  • Law
  • Political Science
  • Sociology
  • Anthropology
  • Geography
  • History
  • Linguistics dan sebagainya

Sains Tulen

tetapi tidak terhad kepada:

  • Physics
  • Maths
  • Chemistry
  • Biology
  • Astronomy dan sebagainya

Teknologi Informasi

tetapi tidak terhad kepada:

  • Computer Science
  • Data Science
  • Software Engineering dan sebagainya

Kursus-Kursus Lain

Kursus bukan tradisional yang penting untuk pembangunan negara.

Senarai Universiti Yang Diluluskan

  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • International Islamic University Malaysia (IIUM)
  • University Teknologi MARA (UiTM)
  • Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  • Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
  • Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA)
  • Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  • Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  • Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)
  • Universiti Pendidikan Sultan Idris UPSI)
  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  • Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
  • Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

Berminat Untuk Menjadi Penyumbang Kepada Program Knowledge Is Free

Jika anda berminat untuk menjadi penyumbang bagi program Knowledge Is Free ini anda boleh pergi ke pautan ini untuk pengetahuan lanjut.

Untuk lebih mengetahui berkaitan program biasiswa ini, anda boleh pergi ke laman media sosial mereka seperti dibawah:

Lawati juga laman web mereka http://projected.my/kifscholarship/ jika ada sebarang kemuskilan berkaitan program ini

advertisement

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here